Nak kulit wajah sihat, cantik. Bukan sekadar wang tapi kena rajin. Amalkan 3 basic utama dulu

A
A
A

PENJAGAAN kulit wajah bukan bergantung kepada wang tetapi juga perlukan kerajinan dan usaha untuk mengekalkan keanjalan dan kecantikannya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Narqes Holdings Sdn Bhd, Datin Narqes Mohd Raimi berkata, komitmen seseorang itu penting dalam menjaga rutin penjagaan kulit wajah agar dapat menghindari pigmentasi, tona gelap atau jerawat.

“Kadang-kadang orang cakap dia cantik sebab ada duit, sebenarnya bukan sekadar duit. Awak kena rajin itu yang paling utama.

Rajin cuci muka, bersihkan solekan dengan baik, guna moisturizer kemudian sunscreen setiap pagi dan petang, keluar rumah atau duduk lama di bawah matahari dan lampu.

“Ini perlukan komitmen bukan sekadar wang boleh cantik,” katanya ketika ditemu bual selepas pelancaran Narqes Wellness & Confinement Centre di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Baca juga:Tip penjagaan wajah: Elak 5 makanan ini supaya tidur tak terganggu

Baca juga:Guna susu bersih wajah, ini rahsia terbesar pelakon Song Hye-kyo tampil jelita, mempesona

Baca juga:Nak wajah bersih wajib buat 7 perkara ini masa cuci muka, jerawat pun tak tumbuh

Tambah Narqes, tidak mengira usia dan jantina, setiap individu itu memang memerlukan usaha yang tinggi untuk mengamalkan rutin tersebut.

Katanya, bagi mendapatkan hasil yang terbaik, pusat kecantikan adalah salah satu langkah untuk mendapatkan kulit lebih sihat dan segar.

“Jika pergi ke pusat kecantikan atau salon sekarang tidak mahal seperti dulu dan cawangan Narqes sendiri menawarkan perkhidmatan serendah RM99.

“Harga mengikut pakej yang disediakan bergantung masalah kulit dihadapi pelanggan, mungkin kos sedikit tinggi. Tetapi selepas selesai, mereka hanya fokus untuk cucian asas iaitu sebulan atau dua bulan sekali,” ujarnya.

Menurutnya, pusat kecantikan bukan hanya berperanan memberi perkhidmatan mencantikkan muka malah pihaknya menyediakan khidmat nasihat dan pelanggan akan melalui prosedur pemeriksaan sebelum memulakan rawatan.

“Kita mempunyai pakar yang dapat membantu memperbaiki masalah kulit mereka seperti pigmentasi dan jerawat," jelasnya.

Bagaimanapun, yang paling utama memastikan kulit bersih, cerah dan sihat ialah mengelakkan bahan merkuri.

“Nampak cantik sementara sahaja tetapi akan dapat kesan sampingan yang teruk.

“Jadi perlu ada asas penjagaan kulit, iaitu cleanser, moisturizer dan sunscreen, wajib guna setiap hari,” katanya.

Lepas ini, harap semua rajin mengamalkan tiga asas penjagaan kulit wajah tersebut. Nak tampil cantik kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca