BAGI yang meminati pelakon jelita Song Hye-kyo, pasti suka dengan lakonan hebat figura seni itu.

Tampil dengan pakej lengkap cantik dan berbakat, Hye-kyo memulakan langkah dalam bidang lakonan usai mendapat tawaran untuk sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995 lagi.

Drama Autumn in My Heart dan Full House antara naskhah yang berjaya membuatkan namanya meniti pada bibir peminat baik di Korea sehinggalah ke Malaysia mahupun di Indonesia.

Paling mencuri tumpuan adalah lakonan mantap beliau dalam drama Descendants of the Sun bersama Song Joong-ki.

Bahkan, drama tersebut membawa pasangan itu ke alam perkahwinan pada tahun 2017.

Baca ni ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!

song hye kyo

 

Malangnya ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.

Tak perlu nak cerita panjang soal itu kerana apa yang kami nak ketengahkan adalah soal kecantikannya yang tak berbelah bagi.

Bayangkan, biarpun sudah memasuki usia 42 tahun, kejelitaan Hye-ko sehingga kini tetap terserlah.

Memang tak dimamah usia dan layaklah digelar jelitawan di Korea.

Apa yang boleh dikatakan, selain berkulit putih, bentuk badan selebriti tersohor itu sentiasa langsing.

Menambahkan lagi bonus kecantikannya, tuan punya badan tidak lokek dengan senyuman.

Baca ni ‘Hadiah hari jadi terbaik.’ Berbakat, kaya & terkenal, perkongsian Marian Rivera sempena hari lahir ke-39 tahun raih perhatian!

song hye kyo

Ya, sudah namanya cantik, maka empunya diri sentiasa menjadi buruan syarikat antarabangsa untuk menjadikan beliau duta. Antara yang sudah menjadi genggaman adalah jurucakap Chaumet, Dior dan Levi’s.

Jadi, apa sebenarnya yang membuatkan si rupawan itu masih ‘bergetah’ seperti anak dara?

Baca lagi ‘Ibu dan nenek miliki kulit cantik…’ Usia memasuki 54 tahun, rupanya ini rahsia cantik & awet muda Jennifer Lopez!

 

Hasil carian SinarPlus berjaya menemui rahsia yang disemat rapi oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik pada Baeksang Arts Awards 2023 itu. Antaranya:

Iklan

1. Susu untuk cuci muka
-Memetik laporan oleh AllKpop, Kyo dikatakan menggunakan susu suam terutama dalam rutin penjagaan kulit wajahnya.
-Beliau menggunakan susu tersebut untuk mencuci muka.
-Tujuannya adalah untuk membersihkan kulit wajahnya sampai ke pori-pori.
-Selain itu, ia juga baik untuk membantu kulit tetap bersih serta lembap selalu.

2. Senaman
-Biarpun sibuk dengan jadual lakonan, bekas pelajar Universiti Sejong itu rajin bersenam terutama melakukan yoga dan kardio.
-Senaman tersebut dikatakan dapat membantu memastikan tubuhnya sentiasa kekal sihat dan awet muda.

Baca lagi ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

song hye kyo

3. Ais kiub urut wajah
-Kaedah ini memang ramai yang mempraktikannya. Ia dikatakan dapat membantu membuatkan kulit wajah lebih tegang dan runcing.
-Selain itu, urutan ais membantu melegakan kesakitan dan mengurangkan kesan lebam di bawah mata atau sembab disebabkan kurang tidur.

4. Amal makan buah-buahan dan sayuran
-Pengambilan sayur dan buah-buahan juga salah satu kaedah diet yang sihat.
-Hye-kyo juga kurang mengambil makanan ringan dan coklat.

5. Masker daripada bahan semula jadi
-Campuran putih telur dan madu asli antara masker terbaik untuk memastikan kulit wajah lebih cerah berseri.
-Pada masa sama, ia membantu mengurangkan garis-garis halus. Malah, beliau juga rajin memakai cream mask, sheet mask dan sleeping mask.

Iklan

song hye kyo

Baca ni ‘Geramnya tengok kaki dan tangan tu.’ Genap setahun usia, Alia Bhatt & suami enggan dedah wajah anak perempuan

6. Prinsip less is more
-Beliau yang berada di bawah pengurusan United Artists Agency mengakui cukup menitikberatkan soal solekan.
-Justeru, prinsip less is more ketika mekap adalah yang dipraktikkannya sehingga kini.

Tertarik tak nak cuba praktik tip cantik oleh si rupawan bernama Hye-kyo ini?

Semuanya nampak mudah, tinggal lagi anda kena rajin je!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang