Nak tahu kenapa kuih ini dipanggil ulat bulu? Ini ceritanya…

KELAZATAN kuih yang popular di Pantai Timur ini memang tidak selari dengan namanya. Barangkali sesetengah orang akan berfikir bukan-bukan sebaik mengetahui sajian berkenaan dinamakan sebagai kuih ulat bulu.

Kalau mahu diikutkan, sekali imbas, kuih tersebut seperti onde-onde, namun bentuknya sedikit bujur.

Menjelaskan kehairanan itu, pembikin kuih tradisional dari Kelantan, Wan Nor Asiken Wan Omar, 30, berkata, ia dinamakan kuih ulat bulu kerana taburan kelapa yang membaluti kuih berkenaan.

Alasan itu nampak pelik tetapi itulah hakikat yang perlu kita diterima.

“Di Terengganu, ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama kuih kepompong kerana bentuknya seperti kelongsong rama-rama jika diwarnakan dengan ungu gelap. Di negeri Kelantan pula, kuih ulat bulu itu lazimnya kelihatan berwarna hijau, merah dan ungu hasil ekstrak bunga talang,“ katanya.

Berbicara lebih lanjut mengenai juadah tersebut, Wan Nor Asiken yang turut menjualnya kepada orang ramai berkata, pada awalnya, beliau juga bingung dan skeptikal memikirkan nama kuih berkenaan.

Iklan
Iklan

“Ramai orang bertanya kepada saya kenapa guna nama macam itu, tak eloklah pakai nama ulat bulu, sampaikan orang takut nak makan dan macam-macam reaksi lagi.

“Bukan niat nak tarik perhatian atau buat orang takut dengan nama kuih ulat bulu. Jujur, sebenarnya, nama kuih itu sejak azali memang sebegitu, nenek moyang kami sejak zaman-berzaman menggelarkannya (dengan nama itu) hingga melekat sampai sekarang. Namun, percayalah, nama pelik tapi kita lalu nak makan,“ ujarnya.

Variasi inti

Ditanya bagaimana beliau mula berjinak-jinak membuat dan menjual menu petang berkenaan, wanita itu berkata: “Mula-mula tu saya memang saja-saja buat dan beri kepada jiran untuk juadah minum petang tapi tak sangka ada yang minta buatkan lagi. Saya sendiri pun tak sangka suami pun ‘berahi‘ makan kuih ini.

“Dari hari ke hari, alhamdulillah, saya dapat tempahan luar jangkaan daripada jiran dan kawan-kawan termasuk pada Ramadan lalu.“

Lazimnya, kuih warisan memang sukar untuk dibuat. Sama juga dengan kuih ulat bulu itu, kata Wan Nor Asiken.

“Masa mula-mula buat tu memang asyik tak jadi, adunan asyik lembik dan kadang-kadang keras. Memang tak sedaplah, tapi bila mengenangkan ibu, saya teruskan belajar sampai jadi. Bila ibu rasa dan kata sedap, hanya ALLAH yang tahu perasaan ketika itu,“ ujarnya.

Artikel berkaitan: ‘Layan’ bingka roti kukus, elak pembaziran. Mudah, pakai blender je!

Selari dengan situasi semasa dan selera anak muda yang sukakan manisan berasaskan coklat, kaya, pandan termasuk gula melaka, usahawan muda itu telah pelbagaikan inti kuih ulat bulu.

“Saya buat ikut cita rasa mereka, alhamdulillah, jualan kuih tradisional secara suka-suka ini membantu tambah duit poket kami sekeluarga,“ katanya sambil mengakui masih banyak pihak yang tidak tahu kewujudan sajian unik tersebut.

Tanpa ada perasaan lokek, beliau telah berkongsi menu kuih ulat bulu menerusi media sosial untuk dipelajari oleh peminat kuih warisan.

Bukan niat nak tarik perhatian atau buat orang takut dengan nama kuih ulat bulu. Jujur, sebenarnya, nama kuih itu sejak azali memang sebegitu, nenek moyang kami sejak zaman- berzaman menggelarkannya (dengan nama itu) hingga melekat sampai sekarang. Namun, percayalah, kuih ini memang sedap.“

RESIPI KUIH ULAT BULU

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • Secubit garam
  • Daun pandan
  • Pewarna tambahan
  • Inti kacang merah
  • Isi kelapa parut
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Isi kelapa parut digaul dengan secubit garam dan kukus. Asingkan dalam bekas lain.
  2. Satu bekas lain, campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam kemudian gaul bagi rata.
  3. Selepas itu, masukkan air sedikit demi sedikit dan pastikan adunan tidak keras atau lembik sangat.
  4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan.
  5. Bahagikan doh kepada dua bekas dan titiskan pewarna pilihan.
  6. Ambil sedikit doh, buat bulat dan leperkan. Selepas itu, masukkan inti kacang merah dan bentukkan memanjang.
  7. Panaskan air dengan daun pandan sampai mendidih, kemudian masukkan adunan. Masak sampai doh timbul ke permukaan.
  8. Kuih yang sudah masak ditoskan sebelum digolekkan dalam isi kelapa parut.

Tip: Kukus isi kelapa parut dengan secubit garam bagi mengelakkan kuih cepat basi.

 

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

9 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

13 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

14 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

14 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

17 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

19 hours ago