Sesibuk mana sekalipun seseorang ibu itu, namun keutamaan tetap diberikan kepada anak-anak.

Demikian juga dengan Datin Anne Ngasri. Menerusi media sosial miliknya, beliau sering berkongsi tentang anak-anaknya.

Terbaharu, beliau memuat naik sepotong video yang berkunjung ke sekolah anak sulungnya.

Umum mengetahui, peperiksaan SPM sudah bermula minggu ini.

Baca ni Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasi

anne

Sebagai persediaan terakhir, para pelajar mengadakan solat hajat bertujuan untuk dipermudahkan peperiksaan kelak.

Anne yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu tidak ketinggalan hadir ke majlis berkenaan yang berlangsung di sekolah anak sulungnya, Abdul Warits.

“Alhamdulilah dapat berkesempatan bersama anak dan ibu bapa lain untuk solat hajat pada tarikh 6 Januari lalu.

“Semoga anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM diberi kelapangan serta kecerdasan fikiran dan dapat menjawab dengan baik dan cemerlang,” ujar Datin Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri menerusi kapsyennya.

anne 1

Untuk rekod, Anne Ngasri pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010.

Iklan

Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

anne 2

Wanita berumur 39 tahun itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang