MEMAKAI niqab tetapi bermekap bahagian mata berlebih-lebih, Ustazah Asma’ Harun memberikan teguran.

Umum mengetahui menutup aurat adalah satu kewajipan bagi wanita Muslim. Ia bertujuan untuk memelihara kehormatan serta mengangkat taraf dan kedudukan wanita kepada tahap yang lebih tinggi.

Aurat wanita yang wajib ditutup ialah seluruh tubuh badannya, melainkan wajah dan tapak tangan.

Baca juga: Neelofa berniqab, boleh beza antara purdah dan burqa

Kredit foto: Pexels

Hukum memakai niqab:

1. Jika seseorang wanita itu bimbang kepada fitnah, maka boleh menutup wajah untuk menjaga kehormatan diri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.

2. Pemakaian niqab adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqab ini adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita.

Ustazah Asma Harun menegaskan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah.

Menerusi video yang tular di TikTok, beliau berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.

Baca juga: Isteri Ustaz Abdul Somad tampil berniqab, seminggu selepas bernikah. Sejuk mata memandang

Kredit foto: Pexels

“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.

“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.

“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, Allahuakbar,” jelas pendakwah ini.

Baca juga: “Emak tulang belakang terkuat, didikan bapa bentuk diri.” – Ustazah Asma’ raih anugerah Tokoh Sayidatina Aishah

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam sama sekali tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.

Iklan

Jelas Ustazah Asma’ sama ada wanita itu memakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah dibiarkan natural. Mungkin boleh pakai sedikit, bedak sikit, krim pelindung matahari (sunblock) atau krim untuk menutup cela.

“Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti, dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,” jelas beliau lagi.

Kesimpulannya, bersederhanalah dalam soal berpakaian dan menghias diri. Usah melampau-lampau hingga niat untuk menutup aurat itu tidak mencapai sasaran seperti yang sepatutnya.

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

Sumber: TikTok f4tin4yu90, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Iklan

Kredit foto utama: Pexels

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi