Resipi pancake super gebu yang menarik untuk dicuba
PADA kebiasaan pancake (pankek) atau lempeng 'omputih' ni dihasilkan comel-comel dan tidak terlalu tebal. Barangkali ada yang tak puasa nak makan jika dijamah hanya sekeping kan?
Jika itu yang dirasakan, apa kata mencuba pancake super gebu gebas ini. Pasti puas menjamahnya dan boleh mengenyangkan perut jika sudah 'sebesar' ini.
Bahan-bahannya pula mudah didapati di pasaran. Hanya perlukan sedikit kesungguhan dan ketelitian, pasti menjadi. Sesuai untuk dibuat, sarapan, minum petang dan dinikmati pada bila-bila masa yang disukai.
Cubalah resipi yang mendapat banyak share ini:
Resipi pancake super gebu
130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali
Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.
4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.
5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.
Menarik dan mudah bukan? Selamat mencuba!
Kredit resepi : Yus_Rania
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang