Fatin Afeefa kongsi momen menunaikan umrah di Tanah Suci, penampilan ayu & wajah comel anak raih perhatian peminat!
BAHAGIA bukan tentang populariti, tetapi kehangatan keluarga dan ketenangan hati.
Itulah yang terpancar dari senyuman Fatin Afeefa kini, pelakon cantik manis yang lebih memilih hidup sederhana bersama suami dan anak-anak selepas kembali bergelar isteri.
Walaupun kelibatnya di kaca televisyen jarang kelihatan kini, Fatin ternyata lebih selesa menjalani kehidupan yang dipenuhi kasih sayang dan perhatian terhadap keluarga.
“Saya lebih fokus untuk uruskan anak-anak dan suami tercinta,” kongsi Fatin.

Tahun 2024 menjadi momen istimewa apabila wanita itu mengumumkan kelahiran anak lelaki mereka, Muhammad Jibril.
Kehadiran anak bongsu ini jelas menambah warna dan keceriaan dalam rumah tangga mereka bersama suami, Aliff Awang atau lebih mesra disapa Opai.
Di sebalik tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Fatin juga aktif mengusahakan perniagaan sendiri.
Malah, dia sering dijemput menghadiri majlis pelancaran fesyen, kesihatan, dan kecantikan, selain berperanan sebagai jurucakap bagi produk tertentu.
“Walaupun saya tidak lagi aktif berlakon, saya suka berkongsi perkembangan semasa hidup saya di media sosial,” katanya.
Terbaharu, Fatin memuat naik gambar menunaikan umrah di Tanah Suci bersama Jibril dan Opai menerusi Instagram miliknya.

Dalam kapsyen, dia menulis ringkas tetapi penuh makna: “By ALLAH’s permission. By ALLAH’s timing. By ALLAH’s mercy.”
Sopan dan ayu
Penampilan Fatin di Tanah Suci mencuri perhatian ramai. Lebih sopan, ayu dan menenangkan, setiap senyumnya memancarkan aura seorang isteri dan ibu yang bahagia.

Telatah manja anaknya, Muhammad Jibril, turut menghiburkan sepanjang perjalanan mereka.
Untuk rekod, Fatin sah menjadi isteri kepada Opai pada Disember 2022 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebelum itu, dia sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Bakat Fatin dalam dunia seni tidak boleh dipandang ringan. Antara filem dan drama popular yang pernah dibintanginya termasuk Maksimum, Kampung Drift, Red Velvet, Janji-Janji Annisa, Volkswagen Kuning, dan Monalisa.
Selain lakonan, bakat nyanyian Fatin turut menarik perhatian ramai selepas menyertai sebuah program nyanyian.
Kini, Fatin Afeefa membuktikan bahawa kebahagiaan bukan semata-mata tentang glamour dan populariti, tetapi tentang keberkatan hidup, kasih sayang keluarga, dan ketenangan hati yang nyata dalam setiap langkahnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
