'Tak adil untuk anak saya.'  Bront Palarae jawab isu tidak pernah 'tayang' keluarga

No Image Caption
A
A
A

DALAM dunia hiburan yang semakin menjadikan kehidupan peribadi sebagai kandungan, pendirian Bront Palarae ini mungkin kedengaran asing, namun itulah prinsip yang dipegangnya sejak awal.

Tidak pernah mendedahkan keluarganya di mana-mana acara atau sosial media,  pelakon versatil ini sangat mementingkan privasi demi anak-anak yang sedang membesar.

"Sebab tiada syarat-syarat untuk berada dalam dunia seni harus memperagakan keluarga. Jadi, ia work-life balance, seimbang antara professional life dan juga privasi," katanya.

Pemilik nama Nasrul Suhaimin Saifuddin itu juga mendedahkan sebagai bapa melindungi keluarga daripada sorotan yang tidak perlu adalah tanggungjawabnya. 

Sementelah suri hatinya, Rozi Izma pada anak-anak juga selesa dengan pendirian tersebut.

No Image Caption

"Jika kami keluar, normal sahaja. Maksudnya, kalau jumpa di pusat membeli belah, kami biasa sahaja. Cuma, jika event yang menjadi tatapan media, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka.

"Ia (tidak mendedahkan keluarga kepada umum) juga dilakukan untuk anak saya agar boleh membesar dalam keadaan sebagai manusia normal. Kalau dia membesar dalam sorotan media, saya rasa mungkin tak adil untuk dia.

"Mungkin jika sudah besar dan berminat untuk menceburi bidang seni, mungkin akan duduk berbincang.

Artikel Berkaitan:

"Namun sehingga tiba saat itu, biar mereka jadi manusia normal lah," katanya kepada SinarPlus.

No Image Caption

Baru-baru sebuah video  di laman sosial TikTok @jaynazif_official memaparkan beliau bersama seorang remaja tular di laman sosial. Meraih 4.2 juta tontonan, ramai membuat spekulasi remaja itu anak lelakinya.

SinarPlus sempat bertanya hal berkenaan dan Bront menafikan. Katanya remaja itu ialah pelakon Jaz Nazif yang pernah bekerjasama dengannya tidak lama dahulu.

"Itu ketika saya terlibat dalam penggambaran sebuah iklan raya. Beberapa tahun dulu, ketika Jay masih kecil dia pernah melakonkan watak saya semasa kecil. 

"Jadi apabila di set penggambaran dan kami memang sudah ada bonding, jadi ada buat konten. Semua orang ingat anak saya. Tidak sebenarnya, anak saya masih kecil," dedahnya.

Ia datang dengan tanggungjawab - Bront

No Image Caption

Menerima kepercayaan sebagai  Ahli Lembaga Pengarah baharu Kumpulan MyCreative Ventures, pelakon Fly By Night, Harum Malam, Sumpahan Jerunei dan MALBATT: Misi Bakara itu berkata ia diterima dengan penuh amanah.

"Jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan skop jawatannya dan perlu dijayakan.

"Sama macam saya dapat tawaran berlakon filem, apabila dapat tawaran, saya lebih fikir objektif kerja dan juga senarai semak. Begitu juga dengan ini.

"Tanggungjawab semua ahli lembaga pengarah mentadbir urus dan tata kelola.

"Saya juga boleh membantu memberi pandangan kepada pihak ahli lembaga pengarah berpandukan pengalaman saya sebagai pekerja industri kreatif yang aktif dan pandangan tambahan melalui ekosistem serantau.

"Kini dalam proses penambahbaikan industri melalui aktiviti  MyCreative Ventures. Sekarang, saya hanya fokus pada tugas," kongsinya.

Bakal muncul menerusi dua filem baharu tahun ini, Pelakon Lelaki Terbaik  Festival Filem Malaysia ke-23 itu kekal selektif dalam menerima tawaran lakonan demi menghidangkan karya berkualiti dan sarat dengan mesej kepada masyarakat.

"Kalau boleh kita masih lagi nak mencari benda yang lebih bagus supaya karya kita masih lagi terus diperbaiki dan masyarakat juga tidak membuang masa dengan karya-karya yang entah apa-apa.

"Jadi, dalam proses mencari itu, tahu-tahu dua tahun tidak buat filem tempatan. Insya-ALLAH akan nanti akan muncul dua filem Sabung dan Tarung. Jadi, insya-ALLAH ada sesuatu yang segar," tuturnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang