‘Bukan saya, 'queen' yang balas’ – Izara Aishah dedah siapa sebenarnya admin Threads Siti Nurhaliza, kongsi kenapa selalu 'jawab' komen netizen

No Image Caption
A
A
A

AKTIF, bersahaja, dan penuh gurauan — itulah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang semakin mencuri perhatian netizen apabila dilihat rajin membalas komen di platform Threads.

Situasi itu dilihat selepas tamatnya Konsert Legacy 30: Passion, Sincere and Love. Balasannya yang spontan dan penuh jenaka bukan sahaja menghiburkan, malah turut menimbulkan spekulasi hangat.

“Nak kena minta Afwa tutup router. Bimbang Mak Iti terus balas komen netizen,” seloroh netizen.

Namun, di sebalik keaktifan Tokti, ada satu nama yang turut menjadi tumpuan iaitu menantunya, Izara Aishah. 

Ramai yang tersalah anggap, menyangka pelakon jelita itu merupakan individu di sebalik akaun Threads Tokti yang penuh dengan jenaka dan reaksi ‘masuk air’.

No Image Caption

Mungkin juga kerana cara balas yang santai dan mesra keluarga membuatkan ramai menganggap itu suara Izara sendiri.

Dalam temu bual eksklusif bersama SinarPlus, Izara meluruskan kekeliruan itu dengan senyuman:

“Sebenarnya bukan saya yang balas. Queen yang balas,” katanya ringkas, namun penuh makna.

Malah, dia sempat berseloroh kononnya admin sebenar Threads Tokti ialah Afwa. 

“Mungkin sebab cara balas tu macam orang dalam keluarga. Sebenarnya kita semua satu family masuk air. Mak Iti level-level masuk air, Izara level-level masuk pasir,” ungkap Izara sambil tertawa.

Pendedahan ini sekali gus menjawab kekeliruan ramai, bukan Izara, bukan Tokti sendiri, tetapi admin khas yang mengendalikan akaun dengan gaya mesra keluarga.

Yang pasti, Izara Aishah kini dikenali bukan hanya sebagai pelakon, tetapi juga suara berani yang mempertahankan kebaikan dalam dunia digital. Jarang bersuara di media sosial, tapi bila berbuat demikian, pasti penuh makna.

Jarang bersuara

Ibu kepada dua cahaya mata perempuan itu mengakui, setiap kali dia tampil memberi respons, ia pasti mencuri perhatian ramai.

“Daripada dulu saya memang jarang bersuara. Mak Iti pun jarang. 

"Tapi bila kita bersuara, ia akan jadi sesuatu yang besar sebab orang tak biasa kita reply,” katanya.

Tapi ada prinsip yang tegas dipegang Izara. Bila komen negatif atau buli mula menyentuh orang yang tidak bersalah, dia tidak segan untuk bertindak.

“Siapa yang cakap negatif dekat akaun Izara, memang saya akan defend balik,” tegasnya.

No Image Caption

Malah gelaran 'toksik' yang kerap dilemparkan kepadanya, dianggap Izara sebagai satu bentuk keberanian untuk mempertahankan yang dizalimi.

“Kalau orang panggil saya toksik tu bermakna toksik yang membela orang-orang yang dihukum. 

"Saya pun pernah menghukum, tapi bila nampak orang diperlakukan tak adil, I will do everything to defend mereka," ujarnya dengan nada tegas.

Bagi Izara, media sosial sepatutnya menjadi ruang komunikasi yang sihat, bukan medan menjatuhkan maruah atau menyebar kebencian. 

Platform seperti Threads, katanya, sebenarnya tempat orang bergurau, berbalas jenaka dan berbincang secara santai.

No Image Caption

“Mula-mula masyarakat mungkin terkejut tengok artis dah mula balas komen. 

"Sebelum ni, komen dekat Instagram ke mana-mana, artis tak reply. Tapi sekarang orang nak lebih involved,” jelasnya.

Namun, Izara menegaskan, keterlibatan itu ada batasnya. Bila perbualan mula mengarah kepada buli atau serangan peribadi, dia tidak akan berdiam diri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang