Pasti licin satu periuk, resipi bubur kacang hijau durian yang pasti buka selera
KALAU sebut berkenaan durian, memang ramailah penggemar raja buah itu.
Malah, pelbagai menu yang terlintas di fikiran kan?
Justeru, artikel pada kali ini, SinarPlus tujukan khas kepada mereka yang suka makan durian.
Kami kongsikan resipi yang dimuat naik oleh Norlinda Saim di laman Facebook untuk rujukan anda semua.
RESEPI MUDAH BUBUR KACANG HIJAU CAMPUR DURIAN
BAHAN-BAHAN
500 gram kacang hijau
2 biji kecil durian
Santan
Gula melaka
6 sudu gula pasir
2 helai daun pandan
Garam secubit
Cara penyediaan:
1. Rebus kacang hijau sehingga empuk. Apabila kembang dan empuk, buang sedikit air rebusan sekiranya terlebih.
2. Selepas itu, masukkan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, secubit garam dan durian.
3. Masak sehingga betul-betul sebati. Kalau nak kuah cair, boleh tambah air.
4. Siap untuk dihidang!
Bubur durian ni kalau makan dengan roti putih. Perghh! Memang terbaik.
Kalau rajin sikit, boleh juga tanak pulut untuk dimakan bersama sajian ni.
Apa kata hujung minggu ni anda buat bubur kacang durian, mesti licin satu periuk.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang