Pawagam pandu masuk: Awas, jangan tidur dalam kereta semasa menonton
ORANG ramai terutamanya peminat filem dinasihatkan agar tidak tertidur di dalam kenderaan dengan enjin terbuka apabila menonton pawagam pandu lalu.
Public Health Malaysia dalam status di akaun Facebooknya semalam memaklumkan suhu di Malaysia yang agak panas akan menyebabkan ramai yang akan menghidupkan penyaman udara kenderaan masing-masing meskipun kenderaan tidak bergerak.
"Gas karbon monoksida yang bocor dari ekzos boleh disedut masuk ke dalam kenderaan dan boleh menyebabkan keracunan gas tersebut."Apa yang unik mengenai gas ini adalah tidak berwarna dan tidak berbau, tahu-tahu sahaja anda telah pengsan (disangka tidur)," tulisnya.
Public Health Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan kenderaan masing-masing sentiasa diservis untuk keselamatan memandu.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2688391601450695
Terdahulu, Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan panggung wayang pandu masuk atau drive in cinema.
Artikel berkaitan: Pawagam pandu lalu pertama Malaysia di Perak dah mula operasi yop, yong… MB pesan jaga tatasusila
Pawagam itu yang dikenali Casuarina Sini-Drive terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh dan mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan pada satu-satu masa.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengenalan pawagam itu dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik Covid-19.
Foto: Sumber internet
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang