Penangan kayu arang sejak dua dekad, ini rahsia roti canai milik usahawan Melaka ini terus viral

A
A
A

SEBUT sahaja negeri Melaka, pasti ramai membayangkan kemasyhuran Bandar Warisan Dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.

Bukan sahaja kaya dengan sejarah silam, malah ramai menyifatkan negeri berkenaan sebagai salah sebuah ‘syurga makanan‘.

Namun, terdapat satu syarat yang semua perlu penuhi.

roti canai kayu arang

Jika sanggup meredah kesesakan lalu lintas yang luar biasa di sana, anda boleh menikmati sajian yang enak lagi unik seperti yang disediakan oleh pengusaha Gerai Roti Canai Kayu Arang.

Premis berkenaan yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka itu sememangnya menjadi destinasi sarapan pagi yang menjadi tumpuan ramai sejak tahun 1982.

Bayangkan, sejak 39 tahun lalu, pemiliknya, Zulkapli Omar masih setia menggunakan kayu api dan arang untuk memasak pelbagai jenis roti canainya.

roti canai kayu arang

Ujar lelaki berusia 53 tahun itu, pendekatan tersebut memang dilakukan sejak turun-temurun oleh keluarga mertuanya.

"Pun begitu, selepas saya mengambil alih premis ini pada tahun 1999, saya ubah dan menggunakan kayu arang saja kerana kayu jenis ini kurang asap. Pada masa sama, pelanggan pun lebih selesa untuk menikmati makanan di gerai ini.

"Apa yang penting, cara masakannya tidak lari dan masih mengekalkan tradisi lama. Peranan kayu arang ini adalah untuk menambah lebih aroma, selain roti canai menjadi lebih rangup dan kurang berminyak," beritahu bapa kepada tujuh cahaya mata itu.

roti canai kayu arang

Kesedapan sajian tersebut akan menjadi semakin terserlah jika dicicah dengan kuah kacang dal.

Menurut bekas kerani gudang itu, isterinya, Siti Idah Talib, 47, telah menggunakan pelbagai teknik untuk menghasilkan kuah yang memikat rasa.

Baca juga Pakej lengkap Banjaran Nakawan dan harga murah, padanlah Warung Tepi Sawah jadi tumpuan VVIP dan selebriti

"Kuah dal isteri saya yang pekat dan cukup rasa rempah-ratus ini, sebenarnya dipelajari daripada seorang kawan berbangsa India yang pemurah berkongsi resipi aslinya.

"Kemudian, cara penyediaannya diolah sedikit sesuai dengan selera orang Melayu," katanya.

roti canai kayu arang

Kepada SinarPlus, Zulkapli berkata, roti canai nanchos dan sarang burung merupakan menu yang paling laris dan dicari ramai, selain roti canai yang berharga cuma RM1 sekeping.

"Secara keseluruhannya, terdapat lebih 30 menu disediakan. Sajian lain yang menanti pengunjung ialah nasi lemak sambal kerang dan rendang kerang, sotong king dan soto," tuturnya.

Bagi memastikan pelanggan menikmati kepuasan maksimum, anak jati Durian Tunggal, Melaka tersebut mendapatkan bahan mentah segar terus daripada peraih tempatan.

roti canai kayu arang

Sudah menjadi resam, apabila sesebuah premis atau jenama menjadi bualan ramai, pasti akan wujud cawangan atau francais seterusnya.

Namun, kata lelaki itu, beliau lebih senang  dan bersyukur dengan yang ada sekarang.

Roti Canai Kayu Arang

  • Alamat: Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
  • Menu signatur: Roti canai, nasi lemak sambal kerang, roti canai nanchos dan sotong king
  • Harga: Bermula RM1 hingga RM15
  • Facebook: Roti Canai Kayu Arang

roti canai kayu arang

Keunikan sajian tersendiri dan harganya yang tidak keterlaluan barangkali menjadi faktor yang membuatkan negeri Melaka terus menjadi pilihan destinasi makan-makan dan percutian ramai.

Apatah lagi, negeri bersejarah itu kini menjadi tumpuan lensa dan media seluruh negara sebaik kempen Pilihan Raya Negeri Melaka 'memukul gendang' baru-baru ini.

Baca juga Sosej Kemboja jadi buruan, siapa sangka air tangan pemuda ini buat ramai berselera

Justeru, selain Roti Canai Kayu Arang yang wajib disenaraikan sebagai lokasi wajib dalam kembara gastronomi, pembaca SinarPlus boleh mempertimbangkan empat lagi lokasi menarik yang ada di Melaka.

roti canai kayu arang

Mat D Kepoq Celup Tepung

  • Alamat: Jalan Semabok, Jambatan Duyong, Melaka
  • Waktu operasi: 2 petang hingga 11 malam
  • Menu signatur: Set mini RM38 dan set King RM55
  • Harga: Bermula RM1.20
  • Facebook: Mat D Kepoq Celuptepung

roti canai kayu arang

Kupi Sojuk Cendol

  • Alamat: Cawangan Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Pahang dan Perak
  • Waktu operasi: Bermula 12.30 tengah hari hingga 6.30 petang
  • Menu signatur: Kopi sojuk
  • Harga: Bermula RM3
  • Facebook: Atok Kayo HQ

roti canai kayu arang

Bubur Kampung Hulu

  • Alamat: Riviera Pulau Melaka, Melaka
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 9 malam
  • Menu signatur: Bubur special
  • Harga: Bermula RM5 hingga RM7
  • Facebook: Bubur Kampung Hulu
  • Instagram: @buburkampunghulu

Jangan lupa follow kami di Instagram!

roti canai kayu arang

Cengkerang Seafood Jumble

  • Alamat: Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka
  • Waktu operasi: 1 tengah hari hingga 11 malam
  • Menu signatur: Chili Crab, Jack Meets Rose dan Sambal Tumis Petai
  • Harga: Set bermula RM48.80
  • Facebook: Cengkerang Seafood Jumble
  • Instagram: @cengkerangseafoodjumble

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca