PENCUCI mulut yang satu ini memang ‘lejen’. Sedap dimakan pada bila-bila masa.

Tambahan pula jika dicampurkan dengan bahan dan makanan berkhasiat yang digemari, pasti enak dinikmati.

Buat si kecil, campuran jeli seperti sumi pasti menarik buat mereka. Sudah tentulah mak bapaknya pun boleh tumpang sekaki.

Cubalah nikmati ia ketika baru keluar dari peti sejuk tu lebih-lebih lagi ketika hari panas. Bayangkanlah enaknya sejuk-sejuk ‘lalu’ di tekak.

Bagi tuan punya resipi yang tular ini, meletakkan buah segar pun menambahkan kesedapan. Berikut resipi yang dikongsikan di sebuah grup kuih dan masakan #BIKMM.

Artikel berkaitan: Resipi bubur candil keledek, rupa cantik rasa pun sedap

RESIPI AGAR-AGAR SUMI

Bahan-bahannya:

1 paket sumi warna warni
10gm agar-agar tali
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula (boleh adjust manis)
1 cawan susu segar/ cair
1/2 cawan susu pekat
Sedikit kismis (boleh ganti bahan lain)
Potongan buah segar (optional) #zida2004

1. Masak agar-agar bersama air hingga hancur.

2. Masukkan gula, masak hingga mendidih.

3. Perlahankan api, masukkan susu segar/cair dan susu pekat. Masak hingga sedikit mendidih sambil dikacau.

Iklan

4. Tutup api dan ketepikan.

5. Susunkan sumi dalam acuan ikut kreativiti masing-masing.

6. Tuangkan agar-agar sedikit demi sedikit supaya sumi tidak pecah atau hancur. Buat hingga habis.

Iklan

7. Taburkan kismis dan buah segar.

8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang. Siap!!! #norfazidagda

Kredit: FB Norfazida Gda

Mudahkan? Selamat mencuba!