ACER baru-baru ini melancarkan Acer Swift 5 baharu yang ringan, nipis dan elegan untuk pasaran Malaysia.

Dilengkapi dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core, komputer riba Acer Swift 5 memenuhi keperluan pelajar, keluarga termasuk profesional yang bekerja di mana sahaja.

Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet berkata, Acer Swift 5 turut diberi sentuhan reka bentuk yang lebih kontemporari dan diperbuat daripada aluminium gred aeroangkasa.

Inovasi baharu yang berkuasa tinggi itu turun dilengkapi casis yang mempunyai berat 1.2 kilogram dan tinggi 14.95 milimeter dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 dan grafik Intel Iris Xe.

“Komputer riba tersebut menawarkan memori dual-channel LPDDR5 hingga 16GB dan storan PCIe NVMe SSD hingga 1TB bagi memastikan pengalaman yang lancar dengan pelbagai aplikasi dibuka pada masa yang sama.

“Pada masa sama, Acer Swift 5 turut menampilkan pengimbas cap jari yang diletakkan di butang kuasa untuk keselamatan dan memudahkan pengguna,” kata Seet.

Tambah menarik, paparan skrin sentuh WQXGA diperbuat daripada kaca Antimicrobial Corning Gorilla bagi melindungi permukaan sentuh, sekali gus mengekalkan kebersihan.

Selain itu, papan kekunci dengan lampu backlit Acer Swift 5 menampilkan ruang udara yang menyokong sistem penyejukan TwinAir dan paip haba D6.

“Semua ini meningkatkan aliran udara dan keberkesanan thermal untuk sokongan operasi hardware komputer riba berkuasa tinggi,” kata beliau sambil menambah jangka hayat bateri peranti itu bertahan selama 10 jam dan pengecasan selama 30 minit.

Acer Swift 5 baharu dijual bermula pada harga RM4,699. Pelanggan yang membeli Acer Swift 5 baharu sebelum 30 September 2022 layak untuk menebus sarung komputer riba, beg urban dan kredit eWallet Touch n’ Go bernilai RM120.

Pembelian boleh dilakukan melalui Acer eStore di Shopee dan Lazada serta penjual semula Acer yang sah.

BACA JUGA: Acer tawar pelitup muka versi Predator

BACA JUGA: Memang syok! Predator Helios 300 SpatialLabs miliki lebih 50 permainan online popular

Iklan

Aspire 5 dan Aspire 3

Sementara itu, Acer turut memperkenalkan komputer riba praktikal, Aspire 5 dan Aspire 3.

Siri Acer Aspire yang didorong oleh fungsi dan praktikaliti itu ‘disegarkan’ dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core bagi menyediakan teknologi terkini kepada pelajar dan keluarga.

Acer Aspire 5 dan Aspire 3 15.6-inci dilengkapi dengan RAM minimum 8GB dan SSD minimum 1TB serta slot tambahan untuk RAM dan memori HDD, selain penambahan storan.

Acer Aspire 5.

Acer Aspire 5 hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX550 yang menambahkan mutu dan kelajuan prestasi grafik, selaras dengan keperluan pengguna yang sering menyunting gambar dan video.

Iklan

Port USB Type C pada komputer riba itu menyokong Thunderbolt 4, membolehkan pengguna menyambung dua paparan 4K bagi tugasan serentak.

Kedua-dua model Aspire 4 dan 5 tampil dengan rekaan engsel yang boleh mengangkat casis komputer riba dan menyerongkan papan kekunci mengikut sudut yang selesa untuk menaip, lantunan audio dan pengudaraan yang lebih baik.

Acer Aspire 3.

Tersedia dalam warna hijau willow, Acer Aspire 3 dijual pada harga bermula RM2,499, sementara harga Acer Aspire 5 bermula RM2,599. Kedua-dua model itu juga tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta penjual semula Acer yang sah.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia.

BACA JUGA:Aplikasi Talkspace ganti ahli terapi, kongsi masalah depresi hanya di hujung jari

BACA JUGA: Infinix lancar komputer riba pertama, telefon pintar ZERO X NEO dengan konsep AIoT. Memang superb!