PERTAMA kali mengundi? Atau sudah berapa kali anda mengambil bahagian dalam proses demokrasi ini dengan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi?

Tarikh 19 November yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan tarikh penting bagi warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Malah tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 15 November ini manakala pengundian awal pula pada 5 November depan.

Baca juga: 7 darurat di Malaysia sejak 1948 hingga hari ini yang ramai tak tahu

Kredit foto: Pexels

Tentu ada beberapa perkara perlu dipersiapkan dalam menunaikan tanggungjawab ini. Berikut 10 info perlu wanita ambil tahu:

1- Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, semak status pendaftaran sebelum hari mengundi Portal SPR, Portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri, aplikasi dalam talian (MySPR), aplikasi mudah alih MySPR Semak atau melalui Hotline SPR.

2-Selepas pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, semak lokasi pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) yang telah ditetapkan kepada anda melalui melalui Portal Rasmi SPR di alamat www.spr.gov.my, atau menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya (03-8892 7018) atau Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui portal MySPR Semak di pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/

3- Semasa hari pengundian, bawa bersama dokumen yang diperlukan iaitu Kad pengenalan sama ada MyKad atau Kad pengenalan lama sama ada KPT atau Kad Pengenalan Plastik Biru.

Jika kehilangan Kad Pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

4-Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah :
-Pasport Malaysia Terhad
-Pasport Malaysia
-Lesen memandu yang bergambar
-Kad rasmi pengenalan dyang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegangnya.

Baca juga: Ini cara betul palang MyKad. Elak disalahguna, identiti dicuri. Ada 3 jenis kad pengenalan lain di Malaysia

Kredit foto: Pexels

5-Datang awal ke pusat mengundi. Masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi (saluran) ialah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Semenjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, terdapat juga saluran yang ditutup lebih awal bergantung kepada keadaan geografi, jumlah pengundi dan faktor-faktor lain.

6-Dapatkan slip Saluran Mengundi pada Borang Semakan Daftar Pemilih SPR. Sekiranya nombor saluran mengundi telah diketahui, pengundi boleh terus ke saluran mengundi tanpa perlu ke Borang Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu.

7-Pada hari pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran 1 untuk warga emas. Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi supaya mereka tidak perlu menunggu lama di luar.

Iklan

8-Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda.

9-Apabila tiba giliran dan dibenarkan masuk ke saluran mengundi, patuhi prosedur mengundi yang telah ditampal di pintu masuk saluran.

10-Segera beredar selepas mengundi.

Baca juga: IC hilang? Ini kadar denda dan prosedur permohonan MyKad online

Iklan

Sumber: spr.gov.my

Kredit foto utama: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi