Pesakit kanser perlu suntikan vaksin selepas disahkan pakar kesihatan
KEBIMBANGAN mengenai keselamatan vaksin terutama sekali dalam kalangan pesakit
kanser telah menyebabkan ramai di antara mereka yang masih ragu-ragu dan enggan mendaftarkan diri bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.
Pada Febuari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan pesakit kanser boleh menerima suntikan vaksin Covid-19, setelah mendapatkan pengesahan tahap kesihatan daripada pakar perubatan.
Biarpun pengesahan telah diberikan, masih ada yang menganggap pesakit kanser tidak perlu mendapatkan vaksin kerana mereka sedang menjalani rawatan kanser tersebut.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menjelaskan perkara ini, Pakar Perunding Klinikal Onkologi Hospital Gleneagles Medini Johor, Dr Mohd Roslan Haron telah berkata, pesakit kanser sekiranya dijangkiti berisiko untuk mendapat penyakit Covid-19 yang lebih serius tahapnya dan lebih memudaratkan berbanding dengan umum.
Ini kerana pesakit kanser secara amnya mempunyai tahap imuniti atau daya tahan diri yang lebih rendah berbanding individu yang tiada kanser.
Oleh itu, pesakit kanser perlu mendapatkan vaksin bagi mengurangkan kebarangkalian pada tahap yang lebih serius, sekiranya mereka dijangkiti.
Beliau menekankan vaksin adalah sangat penting terutama sekali bagi pesakit kanser yang juga menghidap penyakit-penyakit kronik yang lain seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan juga penyakit buah pinggang.
Vaksin yang diberikan akan meningkatkan imunisasi dan daya ketahanan diri terhadap virus Covid-19, sekali gus mengurangkan risiko mendapat jangkitan pada tahap atau peringkat 3,4 dan 5.
Tunggu rawatan selesai
Bagi pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi yang intensif mereka boleh menangguhkan pengambilan vaksin sehingga tamat rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser mereka.
Ini kerana jika mengambil vaksin ketika kemoterapi sedang diberikan ia mungkin tidak mendapat tindak balas daripada badan seorang pesakit kerana pada ketika itu daya tahan diri dan imuniti pesakit tersebut berada pada tahap yang rendah.
Jadi, badan tidak dapat memuat antibodi yang banyak untuk melawan Covid-19, sekiranya divaksin ketika kemoterapi sedang diberikan untuk merawat kanser.
Soalan yang sering ditanya oleh pesakit kanser ialah bilakah masa yang sesuai saya boleh mengambil vaksin Covid-19 sedangkan saya sedang menjalankan rawatan kemoterapi untuk kanser saya.
Bagi menjawab soalan ini, data yang telah dikumpulkan sejak dua tahun kebelakangan kejadian Covid-19 menunjukkan bahawa pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi pada umumnya sudah boleh menerima vaksin selepas dua minggu pada tarikh akhir kemoterapi diberi.
Bagaimanapun, pesakit perlu bertemu dengan doktor terlebih dahuluuntuk membuat ujian darah tertentu bagi memastikan tubuh mereka benar-benar dalam keadaan sihat untuk menerima vaksin,” katanya.
Pemberian vaksin kepada pesakit kanser selepas rawatan kemoterapi juga bergantung kepada jenis kanser yang dirawat. Contohnya, bagi pesakit kanser limfoma, pemberian vaksin biasanya ditangguhkan sehingga tiga hingga empat bulan atau memakan masa hingga enam bulan untuk vaksin tersebut berkesan.
Jadi, bagi pesakit pesakit kanser limfoma pemberian vaksin selalunya diberikan selepas lima hingga enam bulan setelah tamat rawatan kemoterapi mereka. Adalah lebih baik sekiranya, pesakit merujuk kepada pakar onkologi mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk mengambil vaksin Covid-19.
Sementara itu katanya, tanggapan tentang vaksin Covid-19 yang menyebabkan kanser menjadi lebih teruk selepas pengambilannya adalah tidak benar.
“Sesetengah pihak mendakwa apabila pesakit kanser menerima vaksin, kanser mereka akan menjadi teruk dan kesannya akan lebih buruk.“Sebenarnya kedua-dua perkara ini tidak berlaku. Kanser tidak menjadi teruk dan kesan sampingan tidak berlaku ke atas penerima vaksin dalam kalangan pesakit kanser.
Tegas Dr Mohd Roslan, stigma berkenaan vaksin dan pesakit kanser ini berlaku dalam masyarakat disebabkan kurang kefahaman tentang vaksin Covid-19.
“Masyarakat perlu mengubah tanggapan mereka terhadap vaksin dan pesakit kanser. Mereka perlu mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan nasihat pakar,” katanya.
Saringan Kanser dan SOP
Risiko mendapat Covid-19 bagi pesakit kanser dengan individu yang tiada kanser adalah sama kerana jangkitan virus Covid-19 tidak bergantung kepada faktor dalam tubuh atau daripada penyakit sedia ada, tetapi bergantung kepada pendedahan seseorang itu kepada virus tersebut.
Pendedahan seseorang itu kepada virus seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau terdedah dengan kawasan yang sesak dan tidak mengikut amalan SOP yang sedia ada, akan meningkatkan risiko jangkitan.
Akhir kata, beliau berpendapat bahawa semua pesakit kanser perlu mengambil vaksin kerana apabila semakin ramai yang menerima vaksin, dapatlah mengurangkan penularan Covid-19 menjadi lebih teruk.
Beliau turut mengingatkan orang ramai dan pesakit kanser agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan seperti yang diuar-uarkan oleh KKM dalam media massa nasional.
Baca juga Lelaki juga alami 'menopaus', ia dikenali sebagai andropaus
Dari aspek yang berbeza, beliau turut menjelaskan bahawa penyakit Covid-19 tidak menyebabkan kejadian kanser seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Namun demikian beliau menyarankan agar mereka yang berada dalam kumpulan berisiko menghidap kanser supaya menjalani ujian saringan kanser yang tertentu bagi tujuan pengesanan awal pada musim pandemik ini.
Hospital Gleneagles Medini Johor menawarkan pelbagai ujian saringan dan rawatan kanser yang berkualiti dan holistik. Ia juga menyediakan bantuan dan nasihat kepada pesakit tentang berbagai aspek berkaitan penjagaan kanser, termasuk pilihan rawatan, kesan sampingannya, serta perubahan gaya hidup, penjagaan sebelum dan selepas rawatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang