Pesakit kencing manis perlu elak makan oat jenis instant dan quick. Ini sebab-musababnya

RAMAI di antara kita yang membeli oat sebagai makanan sihat.

Namun, rata-rata daripada mereka hanya membeli sahaja, tetapi tidak memilih jenis oat yang betul.

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis oat yang perlu diketahui sebelum membuat pembelian iaitu:

i) Instant oat

  • Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
  • Iklan
    Iklan
  • Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.

ii) Quick oat

  • Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
  • Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.

iii) Rolled oat

  • Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
  • Ia lebih tebal daripada quick oat.
  • Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.

iv) Steel cut oat

  • Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
  • Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
  • Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.

Tampil berkongsi hujah, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.

Dr Zubaidi.

“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.

“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.

Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.

“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.

“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.

Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.

Baca juga: Apa perbezaan beras jenis stim dan parboiled, mana satu lebih elok? Ikuti penjelasan penyelidik

Mudah sahaja caranya, ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.

Semoga bermanfaat!

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

7 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

13 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago