LIPAS serangga yang menggelikan. Tidak hanya kerana rupa fizikal, kehadirannya membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan. Jangan risau, ada petua mudah untuk menghalaunya. Hanya menggunakan bunjut rempah DIY!

Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan serangga perosak ini berupaya menularkan penyakit berbahaya.

Banyak kes keracunan makanan disebabkan oleh kuman yang dibawa oleh lipas seperti salmonella, tifoid dan kolera. Malah ia juga menyebabkan alahan dan serangan asma.

Serangga berkaki enam ini mendedahkan manusia kepada risiko cirit-birit, hepatitis, disenteri, penyakit taun, kudis dan bengkak mata.

Baca juga: Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Berikut lima info tentang bahaya lipas:

1-Lipas mempunyai tabiat yang buruk semasa makan yang mana ia akan melakukan regurgitasi.

2-Regurgitasi ialah memuntahkan semula apa dimakannya di tempat ia sedang menikmati makanan. Justeru, lipas akan meninggalkan bakteria-bakteria berbahaya dan najis yang mengandungi pelbagai jenis kuman.

3-Terdapat kira-kira 4,000 spesies lipas di Malaysia.

4-Ia membiak dengan banyak dan cepat. Sebiji telur lipas mengandungi enam hingga 16 ekor anak lipas.

5- Biasanya, lipas akan menyimpan telur dengan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang tersorok.

Kaedah terbaik MENGhalau lipas adalah dengan memastikan kebersihan di setiap tempat.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Namun kepada pemilik kediaman yang telah berusaha memastikan kediaman bersih tetapi masih menerima ‘tetamu’ tidak diundang ini, bolehlah mencuba petua bunjut rempah.

Pengguna TikTok Nur Raissa berkongsi petua menghalau lipas sekali gus membasmi kehadiran serangga perosak itu berkampung di dalam kabinet dapur.

Cara ini mudah dan menjimatkan, hanya menggunakan bahan sedia ada di dapur.

Baca juga: 8 fakta tentang lipas yang mungkin ramai tak tahu!

BUNJUT PENGHALAU LIPAS

Bahan-bahan
Kain net
3-4 kuntum bunga lawang
1/2 sudu teh bunga cengkih
1/3 sudu teh lada hitam
Sedikit minyak urut
Getah atau tali untuk mengikat

Langkah penyediaan
1-Bentangkan kain net.

2-Letakkan semua bahan yang disenaraikan pada bahagian tengahnya.

3-Kemudian renjiskan minyak urut pada rempah ratus tersebut untuk mengekalkan bau agar ia tahan lama.

4-Bentukkan menjadi bunjut dan ikat dengan getah atau tali.

Iklan

5-Letakkan bunjut tersebut di mana-mana sudut kabinet atau ruang kediaman.

Baca juga: Tak dibayar upah tambahan seperti dijanjikan, cef lepas geram pasang bom lipas demi lepaskan kemarahan

LIPAS MATI DALAM 2 MINIT

Selain itu, Public Health Malaysia juga mendedahkan cara ‘mematikan’ lipas dalam masa dua minit dengan menggunakan kaedah semburan. Langkah dan bahan diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan
Air sabun
Botol semburan

Langkah penyediaan
1-Campurkan air dengan sabun dan isikan ia ke dalam botol semburan.
2-Semburkan cecair ini ke arah lipas.
3-Air sabun akan melemaskan lipas dan ia akan mati dalam masa beberapa minit.

Pun begitu, Public Health Malaysia mengingatkan untuk menjaga kebersihan dengan memastikan sisa makanan di kutip dan sampah sarap tidak disimpan di dalam rumah.

Iklan

Baca juga:Elak sampah berbau, berair, wanita ini kongsi tip guna bekas sarang telur jer. Jimat & mudah!

Sumber: Nor Raissa, Public Health Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit foto utama: Pexels 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!