Petua orang lama redakan serangan gastrik guna 3 bahan

Petua orang lama redakan serangan gastrik guna 3 bahan
Petua orang lama redakan serangan gastrik guna 3 bahan
A
A
A

PERNAHKAH anda 'skip' waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap  sendawa dan sering loya?

Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik. Namun, apa sebenarnya ia dan apa cara hilangkan gastrik?

Penyakit Gastrik ataupun Gastritis merupakan satu penyakit  keradangan yang berlaku pada dinding yang meliputi saluran dalam  perut.

Ia mungkin berlaku secara tiba-tiba (acute) ataupun dalam jangkamasa yang lama (kronik).

Penyakit ini disebabkan oleh pelbagai punca seperti jangkitan  bakteria, penggunaan ubat tahan sakit, pengambilan alkohol dan  banyak lagi.

Walaupun penyakit ini boleh diubati dengan kaedah perubatan moden  namun terdapat alternatif lain yang boleh diamalkan untuk redakan  kesakitan seperti petua yang dikongsikan oleh Elly Aziz ini.

Artikel berkaitan: Masalah angin dalam badan, 6 cara menghadapinya

Boleh amalkan petua ini :

  1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Seeloknya guna telur ayam kampung.
  2. Amalkan minum dua kali seminggu. InsyaAllah petua ini dapat  meredakan penyakit gastrik.

Jom kongsikan kebaikan ini.

Kredit : Elly Aziz via Resepi Ringkas dan Sedap

*Ini hanyalah petua tradisional. Jika berlarutan boleh dapatkan nasihat doktor.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca