Pilih mana berkenan, Hotel Impi Yan ketengah konsep bilik ala penjara, lanun, hantu, tatami dan hutan belantara. Cukup unik!

SEJAK kecil lagi, Norazian Kassim mengimpikan untuk mendirikan sebuah hotel bajet yang dikendalikan sendiri. Dalam benaknya, beliau memikirkan pelbagai konsep.

Hasrat itu akhirnya berjaya direalisasikan apabila wanita tersebut berjaya mentransformasikan sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, Desaru, Bandar Penawar, Johor kepada hotel yang kini menjadi bualan ramai.

Menamakan premis itu sebagai Hotel Impi Yan, idea yang digemblengkan oleh Norazian sangat unik.

Masakan tidak, 10 unit bilik yang ditawarkan menginspirasikan objek atau lokasi yang tidak terfikir oleh kita.

Antaranya berkonsepkan sel penjara, mewah ala Victoria, stail tatami dari Jepun, terjemahan hutan belantara, kereta dan paling menarik perhatian penulis pastinya bilik bercirikan hantu dan lanun.

hotel impi yan

Norazian berkata, beliau mengambil masa lebih kurang tiga tahun untuk memastikan setiap signatur kamar dapat dihasilkan dengan sempurna.

“Bukan niat mahu bersaing dengan pengusaha lain, cuma saya sudah impikan hotel seumpama itu sejak dari tingkatan dua lagi kerana setiap tema tersebut boleh meninggalkan kenangan dan gelak ketawa pelanggan.

Baca juga Setaraf menu di hotel, restoran mewah. Hidangan sentuhan Cef Fazley di hospital rangkaian IHH curi tumpuan

“Pernah sekali pelanggan tergelak besar apabila dapat kamar bertemakan penjara. Itu sudah cukup menggembirakan saya,” ceritanya penuh ceria.

hotel impi yan

Menarik mengenai ruang tersebut, bukan sahaja lengkap dengan jeriji besi dan kawat berduri sebagai pembuka tirai, malah susunan bata merah pada dinding dengan katil bertingkat menambahkan lagi suasana penjara sebenar.

Usahawan berusia 42 tahun itu menambah, beliau amat mementingkan reka bentuk dalaman dan sentiasa memastikan setiap katil, aksesori termasuk susun atur bertepatan dengan tema yang diketengahkan.

Baca juga Hotel bajet utamakan kebersihan dan sanitasi Covid-19, ini pilihan menarik jika bercuti ke Pantai Timur

“Kebanyakan koleksi dekorasi dan perkakas saya tempah khas dari China. Sebagai contoh, di dalam bilik lanun, saya pastikan katil dibuat khas berbentuk kapal lanun dan lengkap dengan hiasan peti harta karun serta kepala naga.

hotel impi yan

“Begitu juga dengan bilik hantu, semua aksesori termasuk muzik dipasang memang menyeramkan. Hanya yang berani sahaja boleh tidur di sana,” selorohnya.

Norazian berkata, bagi pelanggan yang mahu mencuba kamar mewah gaya Victoria klasik atau ala Jepun, tempahan lebih awal perlu dilakukan.

“Daripada rekod kami, kebanyakan bilik seperti tatami dan Victoria yang mempunyai katil bersaiz besar laku keras terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu,” nasihatnya.

Baca juga 5 destinasi hotel viral dengan keunikan kolam renang, lokasi nombor 1 memang kena pergi

Mengenai harga, ujar wanita itu, setiap bilik nilainya berbeza-beza.

“Untuk mereka yang mendaftarkan diri selepas jam 10 malam juga diberikan tawaran istimewa dan lebih berbaloi.

hotel impi yan

Iklan

“Matlamat saya adalah mahu semua orang dapat rasa pengalaman menginap di hotel dengan elemen kejutan. Premis saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu 24 jam,” katanya yang turut merancang untuk menambah cawangan pada masa akan datang.

Hotel Impi Yan
Alamat: Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, Desaru, Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: RM130 hingga RM170 (hari biasa) dan RM110 hingga RM130 (daftar masuk selepas jam 10 malam)
Facebook: HOTEL IMPI YAN Desaru

#rekreasipilihan

BUKAN bertaraf lima bintang, tetapi apa yang ditawarkan melebihi daripada itu.

Pendekatan sedemikianlah yang dilakukan oleh beberapa pengusaha lokal demi menarik perhatian pelanggan untuk menginap.

Jika anda sudah teruja melihat keunikan Hotel Impi Yan di Desaru, Johor, kami kongsikan empat lokasi hebat lain.

hotel

Hotel Riccarton Capsule
Alamat: No.G-1, Wisma Q Titiwangsa, Persiaran Titiwangsa 1, Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 3 petang (daftar masuk)
Pakej harga: Bermula RM40
Facebook: Riccarton Capsule Hotel
Instagram: @riccartoncapsulehotel

Iklan

hotel

The BED
Alamat: 12, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: Bermula RM55 hingga RM170
Facebook: The Bed KLCC – Capsule Hotel KL
Instagram: @thebedkl
Laman web: http://www.thebedklcc.com

hotel

Hotel SEM9 Senai
Alamat: 21, Jalan Terminal 1, Johor Bahru
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: RM180.20
Facebook: SEM9.Senai
Laman web: https://hotel.sem9.gg/senai/

hotel

Timez Modern Heritage
Hotel Melaka
Alamat: No 31, Jalan Hang Kasturi, Jonker Street, Melaka
Waktu operasi: 24 jam
Pakej harga: Bermula RM187
Facebook: Timez Hotel
Instagram: @timezhotel

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.