SETARAF menu di hotel, restoran mewah. Hidangan sentuhan Cef Fazley di hospital rangkaian IHH curi tumpuan

Sudahlahsakit, makanan pula tak sedap. Itu persepsi kita setiap kali masuk hospital.

Namun, jika anda memilih hospital di bawah kendalian IHH Healthcare Malaysia yang melibatkan 16 rangkaian hospital kumpulan itu termasuk Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court, anda akan menikmati menu semewah di hotel.

Menariknya lagi, semua sajian tersebut adalah sentuhan selebriti terkemuka negara, Cef Datuk Fazley.

Fazley ketika ditemui pada majlis memperkenalkan menu baharu di IHH itu berkata, beliau melakukan kajian secara teliti hampir setahun lamanya sebelum menyediakan 14 menu untuk dipersembahkan kepada khalayak.

“Saya melakukan penyelidikan dan pembangunan di media sosial terlebih dulu, saya bertanya masyarakat secara umum tentang apakah makanan impian mereka ketika berada di hospital?

“Selepas itu, kami dah senaraikan kira-kira 15 makanan popular dalam kalangan orang Malaysia daripada bangsa Melayu, Cina, India termasuk Sabah dan Sarawak, sebelum memuktamadkannya,” katanya.

BACA LAGI: 4 sajian viral guna produk Ayam Brand yang senang sangat nak buat dan tak renyah

BACA LAGI: IQ tinggi, tetapi tidak ekspresif. Bagaimana penghidap sindrom Asperger boleh survival walau mereka bijak?

BACA LAGI: Donat berperisa unik, Fazley terus kreatif hasilkan resipi baharu

Kata Fazley lagi, setiap satu jenama hospital mempunyai menu signatur mereka sendiri.

Sebagai contoh, Hospital Pantai dengan Nasi Dulang Pantai, Hospital Gleanegle (Smoked Chicken Papeterie Encased), sementara Prince Court Medical Centre (Smoked Chicken Turmeric Cream Eclair Sandwich).

Hospital Gleanegle menyediakan Smoked Chicken Papeterie Encased, Hospital Pantai dengan Nasi Dulang Pantai, sementara Prince Court Medical Centre (Smoked Chicken Turmeric Cream Eclair Sandwich).

Semua sajian tersebut sesuai untuk pesakit am yang tiada komplikasi seperti sukar menghadam. Saya juga ada buat perbicangan dengan doktor dan pakar diet, kalau ada masalah tertentu, mereka boleh pilih keluarkan item-item tertentu yang tak boleh dimakan,” katanya.

Melihat kepada kemewahan semua kulinari itu yang layak disamakan dengan masakan di hotel dan di restoran tersohor, Fazley mengakui hakikat itu.

Menu-menu lain hasil air tangan Fazley dan pasukannya.

Kata beliau: “Saya mahu pesakit rasakan betapa meriahnya makanan di hospital. Sebelum ini, saya ada anak dan isteri yang banyak kali masuk hospital.

Iklan

“Jadi, saya dah tahu bagaimana rasanya makan makanan di hospital, tidaklah kata tidak bagus, tetapi saya ingin mengubah persepsi, mencipta pengalaman baharu bila makan makanan di hospital.

Menu-menu lain hasil air tangan Fazley dan pasukannya.

Mengenai pemilihan bahan-bahan, selebriti terkemuka itu berkata, setiap bahan yang digunakan daripada garam, santan dan susu sudah diperhalusi sebaiknya.

Justeru, pesakit tidak perlu risau tentang kolestrol dan hal-hal yang berkaitan.

“Bahan-bahan yang digunakan semestinya segar bagi memastikan pesakit mendapat hidangan terbaik.

Dalam bab ini, saya dah beri penerangan kepada tim saya di kesemua hospital. Mana-mana keperluan pesakit yang perlu diubah, sila berbuat demikian, asalkan bahan-bahan asas masih sama,” ujarnya.

Menu-menu lain hasil air tangan Fazley dan pasukannya.

Selain itu, Fazley memberitahu, pihak beliau juga menyediakan Laksa Negeri Sembilan iaitu menu yang pernah dimenanginya dalam satu pertandingan.

Iklan

“Perancangan awalnya, saya nak buat di restoran, bila dapat peluang kerjasama dengan IHH, saya sediakan di hosptital juga. Laksa Negeri Sembilan saya berupa lemak cili api dengan ramuan yang berbeza,” katanya.

Menu-menu lain hasil air tangan Fazley dan pasukannya.

Wah! Kalaulah menu yang disediakan sehebat macam itu, para pesakit yang keluar hospital pasti akan lebih sihat. Tak begitu?

BACA LAGI: “Penghargaan ini sebagai pembakar semangat” – Fazley terima anugerah Asean’s Most Influential Chef

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi