Pizza roti telur paling senang, sedap dan murah

Pizza roti telur paling senang, sedap dan murah
Pizza roti telur paling senang, sedap dan murah
A
A
A

KALAU dah bosan tidak tahu apa menu lagi nak dimasak, bolehlah mencuba menu pizza roti telur ini.

Kita tukar menu orang putih sekali sekala kan? Apa salahnya.

Bukan anak-anak je yang suka, mak ayah pun boleh join sama.

Lagipun, cara membuatnya pun senang dan bahan yang diperlukan tidaklah mahal.

Mama-mama yang ada air fryer dekat rumah tu bolehlah terus cuba... confirm sekejap je dah habis licin menjilat jari.

Jom, kita cuba!

Bahan-bahannya:

1. 2 biji telur

2. 3 keping roti (potong cube)

3. 2 btg sosej

4. 2 sb butter (cairkan)

5. 2 sb sos spahetti

6. 5 sb susu cair

7. 1 sb mayonis

8. 2 keping cheddar cheese (sekeping potong 4) nak tambah cheese mozarella pun sedap

9. sedikit oregano (hiasan atas cheese)

Artikel berkaitan: 5 port sajian fusion lain daripada lain! Wajib cuba spageti asam pedas kambing bakar

Caranya:

Campur semua bahan 1-7.. masukkan dalam papercup, letak cheese, tabur sedikit oregano dan bakar suhu 160 selama 10 minit.

Siap! Selamat menjamu selera dan semoga bermanfaat.

Kredit : Noriza Zainal Abidin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca