KEHADIRAN Toyota Vios Serba Baharu disifatkan rata-rata penggemarnya lebih segak, ditambah dengan prestasi pecutan terbaik kenderaan sedan subkompak terbaharu itu.

Gabungan teknologi automotif termaju dengan spesifikasi yang ditambah baik itu menjadikan jentera tersebut semakin diyakini.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, selain penawaran model yang lebih baik dengan enjin 1.5 liter DOHC Dual VVT-I, ciri transmisi tujuh kelajuan dengan sequential shiftmatic mampu memberikan pecutan lebih tangkas dan meningkatkan tahap kecekapan bahan api.

“Maklum balas terhadap model ini memang luar biasa apabila jumlah tempahan sudah mencecah lebih 5,000 unit sejak diumumkan pada 24 Februari lalu,” katanya.

Toyota Vios Serba Baharu

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran All-New Vios, The Defy Experience yang berlangsung di M Hotel & Resort Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ravindran berkata, model baharu tersebut juga menjadi kenderaan pertama yang menggabungkan teknologi terkini ketika proses pemasangan di Assembly Service Sdn Bhd, Bukit Raja, Klang, Selangor.

Baca juga Varian terbaharu, Toyota Veloz catat 5,200 tempahan, bakal tembus pasaran tempatan tidak lama lagi

“Penggunaan inovasi berkenaan bukan sahaja meningkatkan kualiti, bahkan menggalakkan lagi kemahiran tenaga kerja seiring pengembangan pengetahuan dalam industri.

Toyota Vios Serba Baharu

“Pada masa sama, ia memberikan sumbangan positif kepada ekonomi tempatan sekali gus memacu pertumbuhan negara,” katanya.

Berikut maklumat menarik mengenai Toyota Vios Serba Baharu:

i) Toyota Safety Sense memberi amaran dan bertindak balas autonomi untuk mencegah pelanggaran.
ii) Fungsi baharu paddle shifters dan electronic parking brake memberi kemudahan tambahan kepada pengguna.

Iklan

Toyota Vios Serba Baharu
iii) Reka bentuk menggunakan ultra high tensile material, continous frame design dan increased welding spots.
iv) Lima pilihan rona dengan spicy scarlet menjadi warna terkini.

Baca juga Nantikan kemunculan kereta hibrid elektrik Toyota pertama, Corolla Cross Hibrid tembusi pasaran tempatan tidak lama lagi

v) Lima tahun waranti dan perbatuan tanpa had, selain perkhidmatan 24 Seven Road Assist.
vi) Langganan percuma untuk Toyota Vehicle Telematics System untuk pemantauan lokasi setiap masa.

Toyota Vios Serba Baharu

Iklan

Toyota Vios Serba Baharu 1.5E AT ditawarkan pada harga tanpa insurans RM 89,600 hingga RM90,040 manakala Toyota Vios Serba Baharu 1.5G AT (RM95,500 hingga RM95,940).

Untuk informasi lanjut, layari https://www.toyota.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.