Promosi tiket murah sempena cuti sekolah, cepat grab tawaran istimewa serendah RM68

A
A
A

SEMPENA cuti sekolah yang akan berlangsung tak lama lagi, mesti ramai sudah plan untuk bercuti ke destinasi idaman.

Lagi meriah, hari off day dilanjutkan dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Nampaknya, panjanglah langkah kita nak berjalan-jalan ke tempat orang.

Bagi kalian yang merancang nak terbang bersama bestie atau family tersayang, apa kata grab cepat-cepat promosi hangat yang sedang berlangsung.

Kalau merancang nak balik kampung pun tiada masalah, malah tak perlu nak memandu untuk tempoh yang lama.

firefly cuti sekolah

Just pack your bags dan terbanglah ke negeri kelahiran masing-masing.

Jika bertuah, bolehlah dapat harga lebih rendah untuk perjalanan yang mungkin dirancang untuk tempoh setahun ini.

Makna kata, kena bookingawal barulah dapat harga istimewa.

firefly cuti sekolahTawaran Firefly Airlines, misalnya antara opsyen menarik yang boleh kalian pertimbangkan jika mahu berlibur atau pulang ke Terengganu, Sandakan, Miri dan Tawau.

Percaya tak kalau harga tiket dijual pada harga RM68 jer? Cepat grab sebab tawaran akan berakhir pada 9 Februari ini.

 

Sempena kempen Roar-Some Deal, Firefly Airlines menawarkan promosi untuk perjalanan sehala dengan ekstra penjimatan 10 kilogram (kg) luggage dan snek percuma.

Baca juga 1,200 tiket tren khas MySawasdee terus ke Hat Yai habis terjual dalam 30 minit. Ini destinasi menarik wajib singgah

Jadi, beli tiket awal dan anda boleh travel ke tempat pilihan bermula sekarang hingga 30 Jun nanti.

firefly cuti sekolahKalau merancang nak menghabiskan cuti hujung minggu di Langkawi, Terengganu atau Pulau Pinang, jangan lepaskan promosi tiga hari dua malam yang memang menguntungkan!

Firefly Airlines menjanjikan tawaran istimewa iaitu RM599 untuk perjalanan dari Subang ke Langkawi.

Apa kelebihan untuk pakej tersebut?

firefly cuti sekolahfirefly cuti sekolahNah! Kalian bakal menikmati penjimatan hingga RM200, makan di atas kapal dan paling best, elaun luggage hingga 30kg.

Jika mahu ke Terengganu atau Pulau Pinang pula, pakej Fly & Stay yang ditawarkan masing-masing RM675 dan RM629 memang berbaloi.

firefly cuti sekolahSelain itu, promosi Malaysia Airlines pun tak kurang hebatnya.

Kempen HUATLIDAY SPECIALS serendah RM78 untuk perjalanan domestik seperti Kota Bharu, Johor Bahru, Kuantan, Alor Setar dan Kuala Terengganu.

Baca juga Sambil bercuti boleh belajar ilmu sejarah, ini 6 lokasi penginapan rare dengan seni bina klasik di Malaysia

Kalau berhajat nak lajak sampai ke Langkawi atau Pulau Pinang, tambang serendah RM88 jer ditawarkan.

firefly cuti sekolahIstimewa sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, booktiket sebelum atau pada 9 Februari ini dan kalian boleh pilih untuk perjalanan hingga 30 Jun nanti.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat grab tawaran tiket penerbangan sama ada untuk perjalanan sehala dan pergi balik.

Okey, selamat bercuti semua.

firefly cuti sekolah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca