Ramai tak sedar kesan buruk guna bengkung secara harian dan berterusan
PADA musim Aidiladha ini, pastinya banyak juadah terhidang. Begitu juga aneka lauk-pauk daripada daging korban yang diterima.
Timbul kerisauan apabila ‘terlebih’ makan, ada yang mengamalkan penggunaan bengkung atau korset bagi mengawal saiz badan dan merampingkan pinggang.
Menurut pakar fisioterapi, Nurul Farahena Ahmad, bengkung atau nama lain boleh dikenali sebagai lumbar atau back support selalunya digunakan oleh wanita selepas bersalin atau mereka yang mengalami masalah atau kecederaan tulang belakang.
“Namun begitu, penggunaan bengkung telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak dengan menjual secara berleluasa dan mempromosikan kebaikan bengkung seperti dapat mengurus dan merampingkan badan kepada umum.
“Lebih membimbangkan ia dijual tanpa mengambil kira kesan buruk yang bakal dialami oleh individu yang terpedaya dan menggunakan bengkung secara berterusan dan harian,” katanya.
Oleh itu, hari ini SinarPlus ingin berkongsi kesan buruk jika memakai bengkung setiap hari:
i) Radang kulit-kulit akan mudah terkena jangkitan kuman disebabkan peluh dan pengudaraan yang kurang baik.
ii) Asid reflux-tekanan di bahagian pertengahan badan yang boleh menyebabkan perut tertekan ke atas dan mengalami pedih ulu hati dan masalah penghadaman adalah tinggi.
iii) Gangguan pernafasan-tekanan yang tinggi yang diberikan oleh bengkung lalu menghimpit rusuk dan paru-paru menyebabkan seseorang individu kekurangan oksigen dan isipadu udara yang masuk didalam paru-paru berkurang.
iv) Lebam-saluran darah yang halus pecah dan menyebabkan darah terkumpul di bawah permukaan kulit
v) Kebas di bahagian kaki kerana saraf terhimpit atau otot menjadi tegang.
vi) Otot akan menjadi lemah dan mudah sakit.
vii) Masalah emosi-emosi akan mudah terganggu disebabkan kemahuan yang tinggi menginginkan keputusan yang cepat seperti kurus dan ingin pinggang ramping.
Sehingga kini masih belum ada kajian yang menyatakan bengkung dapat menguruskan berat badan.
“Untuk kurangkan berat badan dengan hanya pakai bengkung memang tiada bukti. Kita kena tengok logik juga... Kalau seseorang itu hendak menghilangkan berat badan, dia perlulah mengamalkan diet seimbang dan bersenam,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang