HIDANGAN yang dinamakan kuih asam gumpal memang tidak asing bagi penduduk di negeri Pantai Timur.

Uniknya, meskipun namanya asam gumpal, namun penyediaanya tidak menggunakan sebarang asam.

Rasanya lemak-lemak manis dan sedap dijadikan hidangan minum petang atau disajikan kepada para tetamu.

Mak-mak yang dah buntu tak tahu nak sediakan apa untuk suami dan anak-anak, apa kata cuba resepi yang dikongsikan Nor Atika Nazirah di Facebook.

Ujar Nor Atika, tidak seperti orang lain, beliau menggantikan inti kacang hijau yang lazim digunakan untuk resipi itu dengan inti kelapa gula merah.

Baca juga: Tak guna pulut, ganti dengan suhun dan sagu jer. Kuih Talam Tokyo air tangan wanita ini memang sedap sangat

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan inti
1 biji kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
1 ketul gula melaka [BELI DI SINI]
3/4 cawan gula merah [BELI DI SINI]
1/2 cawan gula pasir (nak kurangkan gula pun boleh) [BELI DI SINI]
1 helai daun pandan disimpul

Bahan sagupal
2 cawan sagu putih (dicuci terlebih dahulu) [BELI DI SINI]
1 cawan air panas

Bahan kuah santan
2 cawan santan sederhana pekat (boleh pakai santan kotak kara ) [BELI DI SINI]
1 cawan air
2 biji bawang merah – dihiris halus [BELI DI SINI]
1 inci halia – dihiris halus [BELI DI SINI]
1 sudu teh halba [BELI DI SINI]
2 helai daun pandan -disimpul
1 hingga 2 sudu besar gula [BELI DI SINI]
1 sudu teh garam [BELI DI SINI]


Cara penyediaannya:

Penyediaan inti kelapa:
1. Masukkan gula merah, gula melaka dan air.
2. Apabila gula sudah larut, boleh masukkan kelapa.
3. Kacau hingga sebati, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Kacau inti sehingga kering. Simpan dalam peti ais supaya untuk mudah untuk dibulatkan.

Penyediaan sagupal:
1. Pertama sekali cuci sagu dan toskan. Selepas itu rendam sampai sagu kembang.
2. Selepas sagu sudah kembang, boleh ambil inti kelapa yang dah disejukkan tadi, bulatkan dan letakkan di tengah sagu. Bulatkan.
3. Setelah siap bulatkan semua, jerang air untuk merebus sagu pula.
4. Tunggu air sudah mendidih, rebus sagu sampai timbul. Sagu timbul bermakna ia sudah masak sempurna.
5. Ambik dan toskan, letak di dalam mangkuk berisi air sejuk.

Baca juga:Kuih sagu mudah, menu tradisi tak lapuk dek zaman

Iklan

Penyediaan kuah santan:
1. Masukkan santan, bawang merah, halia dan halba.
2. Kacau kesemuanya sampai sebati menggunakan api sederhana. Jangan sampai santan pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali boleh masukkan sagu yang direbus tadi ke dalam kuah santan.
5. Siap! Sedap makan waktu panas atau sejuk- sejuk.

Baca juga: Lembut bergedik cair di mulut! Ini resipi som som sagu gula Melaka wajib cuba

Baca juga: Jangan keliru abuk-abuk sagu dengan tepung gomak. Ini cara penyediaannya

Melihat kepada penyediaanya, memang agak renyah sedikit.

Namun, apa salahnya sesekali masak sesuatu yang lain daripada yang lain untuk keluarga kita, kan?

Selain makan sendiri, boleh juga beri pada jiran sebelah rumah.

Iklan

Seronok berkongsi rezeki.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Nor Atika Nazirah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!