Raya mengejut akan berlaku sekali lagi hingga timbul keresahan tak tentu fasal? Ini yang perlu semua ambil tahu
Raya mengejut akan berlaku sekali lagi hingga timbul keresahan tak tentu fasal? Ini yang perlu semua ambil tahu
TANGAN berpeluh-peluh dan jantung menjadi laju sehingga susah nak bernafas.
Itu adalah situasi yang barangkali pernah anda lalui, bukan?
Ia terjadi biasanya lantaran wujud rasa bimbang atau anxiety terhadap sesuatu.
Hal itu akan membuatkan seseorang berasa letih dan takut untuk menjalani kehidupan.
Sebenarnya, ramai orang berdepan keadaan sebegitu. Bezanya sama ada serius atau tidak?
Bercakap tentang soal anxiety, suka untuk SinarPlus kaitkan dengan hal lebaran.
Bukan apa, baru-baru ini kecoh di media sosial kononnya mengatakan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, 21 April depan.
Sedangkan, kalau mengikut perkiraan kalendar asal adalah pada hari Sabtu, 22 April.
Kiranya, akan berlaku raya terkejut jugalah kan, macam tahun lepas.
Pun demikian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Semua orang juga dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu.
Pun demikian, bagi sesetengah golongan, mendengar desas-desus itu sudah cukup mencemaskan.
Baca lagi: Wanita lebih berisiko tinggi alami kecelaruan keresahan. Ini fakta-faktanya
Mereka sentiasa terfikir-fikir tentang persiapan baju untuk anak-anak, persediaan menyambut tetamu, nak masak apa, sempat tak berkemas dan macam-macam persoalanlah yang bermain dalam benak mereka.
Sebenarnya, perilaku berkenaan kurang sihat kerana ia boleh mengakibatkan masalah keresahan semakin memburuk.
Laman web antarabangsa yang berkisar tentang kesihatan mental, Harley Therapy ada membincangkan tentang simptom ketakutan berkaitan dengan hal perayaan, lebih-lebih apabila sudah hampir tiba pada masanya.
“Apabila pemikiran itu terjadi, ia membuatkan pemikiran seseorang semakin tidak logik,” ujar Harley Theraphy.
Golongan itu akan berasakan emosi-emosi seperti:
1) Berasa takut.
2) Tidak dapat tidur.
3) Perubahan corak pemakanan.
4) Peningkatan tabiat buruk.
5) Gelisah dan mengalami perubahan mood.
6) Rasa tegang pada badan atau sakit perut.
7) Berdebar-debar dan mulut kering.
Jadi masalah mental
Dalam pada itu, National Institute Of Health, Amerika Syarikat pula berkata, perasaan bimbang yang hadir sekali-sekala adalah normal dalam kehidupan.
“Ramai yang risau tentang perkara seperti kesihatan, wang atau masalah keluarga. Bagaimanapun, kalau perasaan itu berterusan dan tidak hilang, ia akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa,” katanya.
Ia akan bukan sahaja boleh memberi impak kepada prestasi kerja, malah berupaya menganggu rutin sekolah atau perhubungan.
“Apabila melibatkan musim perayaan yang biasanya menjadi detik mengembirakan, namun jika seseorang risau atau khuatir dan tidak selesa, ia secara tak langsung boleh mengakibatkan kesihatan mental,” katanya.
Latihan pernafasan
Bagaimana pendekatan terbaik untuk mengurangkan rasa kebimbangan melampau? Harley Therapy berkongsi tip:
1) Menulis jurnal atau diari.
2) Melakukan regangan otot.
3) Melakukan latihan pernafasan.
4) Melakukan senaman berfokus seperti yoga.
5) Memiliki kesedaran berkaitan sesuatu hal atau perkara.
Bagi mengurus kebimbangan melampau ketika musim perayaan pula, kami merujuk penulisan Access Psych Australia.
Mereka menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan atau menanganinya. Antaranya adalah:
1) Perhatikan perasaan anda.
2) Jangan takut untuk meminta bantuan.
3) Bersikap realistik.
4) Peruntukan bajet.
5) Tidak terlalu memaksa diri.
Macam mana dengan tip yang diberikan? SinarPlus rasa anda semua boleh praktikkan terutama kepada yang cepat panik.
Lebih baik buat persiapan raya lebih awal, tidak kira ada raya mengejut ke tidak.
Kalau dah takut sangat, apa kata mohon cuti awal dan rancang perjalanan.
Tak perlu nak rasa risau sangat kerana anda masih ada keluarga yang boleh membantu merancang kemeriahan raya di kampung halaman. Jadi, chill saja!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang