Remaja perempuan sindrom Down hiasi kempen maskara jenama Gucci

A
A
A

JENAMA fesyen Gucci baru-baru ini membuat kejutan apabila tidak memilih wanita bergaya dan bertubuh langsing sebagai model kempen. Jangan tak percaya, sebaliknya remaja perempuan sindrom Down yang menjadi pilihan!

Wajah Ellie Goldstein berusia 18 tahun menghiasi kempen kecantikan produk maskara, Gucci Mascara L'Obscur keluaran terbaharu jenama berkenaan.

Kempen terbabit disiarkan dalam majalah fesyen Vogue Italia yang memaparkan wajah Goldstein dioles maskara jenama itu.

Pemilihan remaja berasal dari Essex, England tersebut disifatkan selari dengan inisiatif label popular berkenaan yang mempromosi kecantikan dan bakat baharu secara universal.

modelGOLDSTEIN teruja dan terharu apabila wajahnya menjadi pilihan Gucci, jenama kecantikan popular antarabangsa.

Nama Goldstein terus menjadi perhatian warganet susulan pihak Gucci memuat naik dua keping foto beliau dalam laman sosial Instagram @gucci sehingga mendapat 846,129 jumlah tanda suka dan maklum balas positif.

Antaranya:

@designersbotique_: "She is beautiful."

@farhang.validoust: "You really be changing the whole definition of beauty, i like that."

@nudah: "i’m glad i clicked the comments section on this because it was really nice."

Menariknya, jumlah pengikut Instagram @elliegoldsteinofficial juga telah mencecah seramai 10.5 juta orang dalam masa singkat.

Menurut model sindrom Down itu, beliau berbangga dengan diri sendiri memandangkan kekurangan yang dimiliki itu sebenarnya menyuntik 'kelebihan' dan sinar buatnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca