BISKUT kering antara pilihan kudapan yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Enak dinikmati bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan minum malam, biskut kering sering dihidangkan bersama kopi dan teh ‘O’ panas.

Ada juga yang gemar makan biskut ini bersama teh tarik dan minuman coklat panas. Pendek kata biskut kering sangat sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut sebelum waktu makan utama.

Baca juga: Ramai dah lupa macam mana nak buat biskut Mama Carey. Ini teknik paling mudah kalau mahu cuba

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, AdiZul Semerbak berkongsi menu biskut telur. Mungkin ramai tidak menyangka biskut kering yang biasa dicecah bersama kopi dan teh ini boleh dijadikan satu menu yang cukup unik.

Rupa-rupanya masih ramai yang belum mengetahui tentang resipi biskut telur ini. Perkongsian AdiZul telah tular hingga mendapat 10,000 tanda suka, 4,800 komen dan 3,400 perkongsian (ketika artikel ini ditulis).

Menurut AdiZul, hidangan tersebut enak dinikmati begitu sahaja tanpa perlu dimakan bersama nasi atau roti. Biskut telur ini sangat sedap dimakan ketika masih panas.

Baca juga: Menyelerakan! Bubur kacang hijau klasik beraroma wangi

Berikut resipi biskut telur seperti yang dikongsikan oleh AdiZul Semerbak.

Bahan:
10 biji telur [BELI DI SINI]
1/2 kilogram biskut petak kecil [BELI DI SINI]
Bawang besar/ bawang merah [BELI DI SINI]
Cili hijau/merah [BELI DI SINI]
Sedikit garam [BELI DI SINI]
4 sudu makan minyak masak [BELI DI SINI]
Sedikit marjerin [BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Hiris bawang dan cili.

2. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam. Campurkan dengan bawang dan cili yang telah dihiris tadi.

3. Seterusnya masukkan biskut, gaul sebati dan biarkan seketika.

4. Panaskan kuali, masukkan minyak masak. Apabila minyak panas, kecilkan api dan masukkan biskut tadi.

5. Kaup balikkan supaya semua biskut masak sekata. Boleh juga tambah sedikit marjerin di dalam kuali semasa membalik-balikkan biskut. Siap untuk dihidangkan.

Baca juga: Dakwaan biskut jenama tempatan mengandungi bahan berbahaya, ini penjelasan KKM

Ada warga maya memaklumkan bahawa ibu bapanya biasa menyediakan menu itu untuk dinikmati seisi keluarga. Rata-rata warga maya memberikan pelbagai respons tentang resipi yang dikongsikan oleh lelaki ini. Berikut antara komen warga maya:

– “Tiba-tiba rindu pada arwah mak. Dulu ketika masih kecil, mak ada buat untuk kami adik beradik. Sedap macam makan telur dadar.”

Iklan

– “Pernah makan 23 tahun yang lalu di Johor Bahru. Emak kawan buatkan untuk bekal ke asrama.”

– “Kali pertama tahu ada menu biskut seperti ini.”

– “Sedap. Saya sejak kecil makan. Emak masak tapi versi roti.”

– “Pernah makan ketika saya masih kecil tetapi goreng dengan sambal.”

– “Secara jujur, ini pertama kali saya lihat masakan unik begini. Mungkin boleh diberi nama biskut goreng berlada.”

– “Biskut pun sudah boleh jadi lauk ya.”

Iklan

Sumber: Adizul Semerbak ( Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)

Kredit foto: Adizul Semerbak, Unsplash

Baca juga: Pankek ‘gebu-gebas’ ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi