Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

A
A
A

Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

PENING memikirkan menu untuk minum petang, sementelah anak-anak pun sudah cuti sekolah.

Kenalah kita fikir-fikirkan resipi apa yang mudah, tetapi sedap.

Kalau buntu sangat, apa kata SinarPlus kongsikan satu menu Cucur Ikan Bilis Viral yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Alia Umaira.

Bentuk kuihnya yang bulat-bulat tu yang bikin hati penulis terpikat. Bukan senang ya nak buat bentuk macam tu.

Baca ni Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!

Tak mahu mengomel lanjut, jom SinarPlus kongsikan petua beliau. Lagi satu, kata Alia, cucurnya juga rangup di luar lembut di dalam.

RESIPI CUCUR IKAN BILIS VIRAL

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]

3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)

Segengam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka) [BELI DI SINI]

Kucai/daun sup

Lobak merah

Bawang besar (dadu)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah, daun kucai atau sup dan garam.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas atau besen yang besar.

3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat, tolak ke tepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.

4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu kerana panas.

5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan ia.

6. Tunggu tepung sejuk sedikit baru goreng.

7. Sudah siap. Boleh makan dengan sos kegemaran anda.

Baca lagi Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

TIP PENTING:

1. Boleh tambah udang atau apa-apa yang kalian suka. Letak udang, bawang, garam dan lobak pun sudah sedap.

2. Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh, tujuannya nak memudahkan anda. Jika tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik.

3. Tiga cawan itu boleh makan seisi keluarga. Kalau sekadar berdua, memadai buat satu cawan sahaja.

4. Goreng dalam minyak banyak (macam goreng ayam atau nugget) dan pastikan minyak sudah panas baru masukkan cucur.

5. Jika terlebih air dan tidak boleh nak bulatkan, anda boleh guna sudu atau tangan. Tak perlu bulatkan.

6. Tip mudah. masukkan air sikit demi sedikit, bagi anda yang sudah biasa, buat ikut sukatan sendiri.

7. Boleh letak minyak untuk bulatkan doh tu supaya tidak melekat. Pemilik resipi itu biasa menggunakan air.

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca