RESIPI daging dan orang kita berpisah tiada. Di semua kedai makan mesti menyajikan masakan daging.

Ada daging sup, bakar, tumis, kari dan sebagainya. Daging menjadi kegemaran kerana ia cukup mengenyangkan dan dapat dimakan dengan apa jua sajian.

Daging juga boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani, bahkan dengan roti sekalipun.

Bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap, menu ini juga mudah dimasak. Salah satunya sajian daging goreng pedas ini.

Menu daging goreng pedas ini sangat sesuai disajikan ketika makan malam ataupun tengahari.

Gaul-gaul bersama nasi putih panas, waduh… sudah cukup membuka selera sekeluarga. Lazatnya sehingga menjilat jari!

Jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.

Bahannya;

  • 500gm daging dihiris
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 biji bawang Holland dihiris
  • 7 biji cili api diketuk
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cuba juga Kecur melihatnya! Resipi ikan cencaru sumbat sambal Portugis mudah, menyelerakan

Tidak makan daging, ini manfaat untuk kesihatan

Bahan dikisar;

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 7 tangkai cili kering

Cara membuatnya;

1. Gaulkan hirisan daging bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam kuali sampai sedikit garing.

2. Bila daging sudah masak dan garing, angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama (boleh kurangkan sedikit jumlahnya), tumis bahan kisar sampai wangi, garing dan pecah minyak.

Iklan

Cuba juga Telur, tauhu masak kicap cili padi, lauk mudah wajib buat, super sedap!

4. Bila sambal sudah elok pecah minyak, masukkan semua sos dan kicap manis.

5. Gaul-gaul bagi rata. Pastikan guna api kecil sahaja. Rasa dan tambah apa yang kurang rasa.

6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang Holland dan cili api.

Iklan

7. Gaulkan hingga rata dan biarkan sampai bawang sedikit layu. Matikan api.

Daging goreng pedas siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber: Umi Watie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.