SEJAK kebelakangan ini kuih donat menjadi tular dengan berbagai jenis perisa. Bermula dengan donut susu, red velvet,dark chocolate charchoal, donat pelangi dan bermacam-macam lagi.

Sama ada disalut gula atau berinti, donat sememangnya menjadi kegemaran ramai. Tekstur yang lembut dan gebu menjadikan donat sebagai snek yang digemari pelbagai peringkat usia. Lebih sedap jika  dimakan ketika masih ‘panas-panas’.

Baca juga: Resipi Donat Red Velvet tular tak perlu perap, guna sukatan cawan mudah dan sedap

Resipi dikongsi pengguna di Facebook, Suisan Aliezsha ini unik dan wajib dicuba. Donat pisang yang dihasilkan beliau lebih berlemak dan tidak manis. Sesuai untuk mereka yang kurang menggemari makanan yang manis.

Berikut bahan-bahan dan langkah-langkah memasak:

RESIPI DONAT PISANG

Bahan:

1 kg tepung gandum [ BELI DI SINI]
2 paket yis [ BELI DI SINI]
4 sudu marjerin [ BELI DI SINI]
2 cawan susu pisang [ BELI DI SINI]
Emulco pisang kuning/putih [ BELI DI SINI]
Pewarna kuning lemon (Dicampurkan dengan susu pisang. Kacau sebati) [ BELI DI SINI]
5 sudu makan susu pekat [ BELI DI SINI]
Sedikit air
Sedikit gula aising [ BELI DI SINI]
Minyak untuk menggoreng [ BELI DI SINI]

Baca juga: Resipi donat keju sedap gebu, elok jadinya

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Masukkan tepung, marjerin, yis dan susu pekat. Kacau hingga sebati.

2. Kemudian masukkan susu pisang, gaul sehingga menjadi doh. Jika kurang air, boleh tamabh air atau lebihan susu pisang.

3. Uli sehingga kembang. Biarkan doh seketika.

Iklan

3. Selepas doh naik dan mengembang, bentukkan bulat-bulat dan ubangkan pada bahagian tengahnya. Boleh juga gunakan acuan.

4. Apabila doh siap dibentuk, panaskan minyak di dalam kuali.

5. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh menggunakan api yang kecil. Semasa menggoreng donat, terbalikkan dua kali sahaja doh dan kemudian angkat. Hasilnya anda akan dapat donat yang gebu dan cantik.

4. Apabila donat sedikit sejuk atau suam, gaulkan bersama gula aising. Siap untuk dihidangkan.

Baca juga: Resipi Donut Dark Chocolate Charchoal, mewah dengan rasa coklat

Iklan

Kredit: Suisan Aliezsha

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi