Resipi kambing bakar teramat lazat 3 bahan, patut dicuba!

Resipi kambing bakar teramat lazat 3 bahan, patut dicuba!
Resipi kambing bakar teramat lazat 3 bahan, patut dicuba!
A
A
A

BAGI peminat kambing bakar, kini anda boleh makan puas-puas dengan mencuba resipi lazat ini.

Buat sendiri lagi jimat berbaloi-baloi memandangkan hanya guna tiga bahan perap yang tidaklah mahal pun.

Anda juga dijamin tidak akan menyesal kerana perkongsian resipi daripada Siti Suzanti Illiyas ini buat anda akan berpuas hati.

Makan daging kambing ini dikatakan bagus daripada daging-daging lain.

Ia kerana kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikannya sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Selain itu, ia juga sebagai sumber protein ideal kerana mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

Jadi, ayuh kita cuba membuatnya.

Bahan-bahan:

  • Sos tiram
  • Sos black paper
  • Gula apong/gula merah

Artikel berkaitan: Puding roti sos kastad enak lemak berkrim

Cara-caranya:

1. Gaul semua bahan dan masukkan kambing. Perap selama satu malam.

2. Esoknya bakar. Boleh juga di grill, oven atau air fryer.

Nikmatilah kelazatannya, semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca