SARAPAN pagi memang penting agar tubuh produktif sepanjang hari. Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Baca juga: Pankek ‘gebu-gebas’ ala restoran makanan segera, bancuhan tepung mesti pekat, likat

Antara sarapan pagi yang menjadi pilihan ramai selain makanan berat seperti nasi lemak, nasi goreng dan mi goreng. Pankek juga tidak ketinggalan.

Rasa pankek manis dan lemak menjadikan ia sajian yang cukup ringkas namun tetap berkhasiat dan mengenyangkan.

Baca juga:Pankek enak dijadikan juadah berbuka puasa, kenali sejarah unik 4 jenis sajian ini yang ramai orang tak tahu

Bagi anda yang sudah bosan makan hidangan pankek cara biasa, apa kata kita buat sedikit kelainan. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh seorang lelaki di laman Facebook, Khairul Abdullah berkongsi resipi dan cara membuat mini pankek.

Baca juga:Resipi kek jagung, kek pisang tanpa telur, boleh bakar guna oven, kukus atau masak atas dapur gas

Berikut bahan-bahan dan cara-cara membuat mini pankek. Cukup mudah untuk disediakan. Anak-anak pasti menyukainya.

Bahan:
1 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 cawan susu segar/ susu penuh krim/susu segar [BELI DI SINI]
1 sudu gula [BELI DI SINI]
1 sudu kecil garam [BELI DI SINI]
1 sudu besar baking powder [BELI DI SINI]
1 biji telur
2 sudu mentega yang telah dicairkan [BELI DI SINI]
1 sude kecil esen vanilla (jika ada) [BELI DI SINI]

LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung (BELI DI SINI] atau ziplock dan gunting lubang kecil.

2. Panaskan kuali anti lekat [BELI DI SINI] dengan api paling kecil.

Iklan

3. Picit botol dan titikkan bancuhan ke atas permukaan kuali mengikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar gelembung/ berlubang (sekitar satu hingga dua minit) baharu diterbalikkan, selepas kira-kirasatu hingga dua minit.

4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Teruskan memasak sehingga semua bancuhan dihabiskan. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Mini pankek ini boleh dimakan dengan susu segar seperti menikmati hidangan bijirin sarapan pagi. Jika suka, tambah sedikit mentega dan sirap mapel (maple syrup) [BELI DI SINI].

Boleh juga boleh nikmati pankek ini bersama aiskrim dan apa sahaja yang manis.

Baca juga: Resipi Donut Dark Chocolate Charchoal, mewah dengan rasa coklat

Iklan

Sumber: Khairul Abdullah

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi