Resipi kek jagung dan kek pisang tanpa guna telur, boleh bakar guna oven, masak atas dapur gas atau kukus ini amat praktikal dan memudahkan anda yang ingin mencubanya.

Kekurangan telur ayam di pasaran kerana bekalan yang tidak mencukupi di pasaran merisaukan orang ramai.

Namun ketiadaan telur bukanlah halangan untuk anda menyajikan kek. Bagi berhajat menyajikan pastri ini, SinarPlus kongsikan dua resipi kek tanpa menggunakan telur yang boleh dicuba.

Baca juga: Resipi apam pecah tanpa telur, mudah dan elok kejadian

Resipi kek jagung dan kek pisang yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Norfazida Gda tetap enak rasanya biarpun tanpa telur malah cara membuatnya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

RESIPI KEK JAGUNG

Bahan-bahan:
1/2 tongkol jagung dihiris
1 dan 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan gula kastor/halus
1/2 cawan minyak jagung/ minyak masak
1/2 cawan susu segar/ susu cair
3 sudu besar kismis (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Langkah demi langkah:
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan gula, esen vanilla dan minyak. Kacau rata.

2. Masukkan jagung, kismis, garam dan pewarna. Kacau lagi. Kemudian masukkan susu segar atau susu cair sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.

3. Sapukan minyak pada loyang 6 inci atau 7 inci dan tuangkan adunan kek ke dalamnya dan ratakan.

4. Anda boleh menabur jagung, kismis atau kekacang ke atas adunan untuk hasil yang lebih menarik.

5. Bakar dengan suhu 160 darjah Celcius selama 45 hingga 55 minit mengikut oven masing-masing.

6. Ia boleh juga bakar di atas dapur gas selama lebih kurang satu jam dengan api perlahan.

Baca juga: Resipi Puding Karamel tanpa telur yang mudah

RESIPI KEK PISANG

Bahan-bahan:

Iklan

6-7 biji pisang emas (dilenyek)
1/4 cawan gula perang/gula kastor
1sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak/minyak jagung
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning (opsyenal)

Langkah demi langkah:
1. Campurkan pisang emas yang telah dilenyek bersama gula, kacau sebati. Perapkan selama dua hingga empat jam.

2. Masukkan esen vanilla dan minyak ke dalam bancuhan pisang yang telah diperap. Kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda yang telah diayak bersama. Masukkan garam dan pewarna kemudian adun sebati.

4. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada loyang (boleh guna loyang 6 inci). Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 hingga 55 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.

5. Jika hendak bakar menggunakan oven, bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 45 minit.

Iklan

Baca juga: Takut makan telur masa pantang lepas bersalin? Ini nasihat Dr Hamid Arshat

Sumber: Norfazida Gda via Kongsi Resipi Masakan

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi