SEBUT sahaja rendang, pasti ramai akan kaitkan dengan Hari Raya.

Hakikatnya, menu itu boleh dimasak dan dihidangkan pada bila-bila masa sahaja.

Di Melaka misalnya, rendang dan ketupat dijual di warung-warung tertentu pada setiap pagi dan semestinya dijadikan sajian utama sarapan pagi.

Nasi lemak yang kita makan juga akan jadi lebih umphh jika dimakan dengan rendang.

Ada sebab mengapa SinarPlus sebut fasal rendang.

Ini kerana kami ‘terpikat’ dengan perkongsian menu  seorang pengguna Facebook, Nazri Mat Zain.

Beliau memuat naik resepi Rendang Ayam Cili Hijau yang telah mendapat lebih 1,600 share hanya hmenggunakan cili hijau sebagai ‘hero’ utama.

Kata Nazri, beliau mengambil masa selama empat jam untuk melembutkan lima ekor ayam pencen yang digunakan.

Ya, kalau nak diikutkan masak dengan ayam pencen atau ayam kampung akan menjadikan rendang kita lebih best berbanding ayam biasa. Tak percaya, cubalah.

Ok, jom kita perhalusi bahan-bahan dan cara penyediaan Rendang Ayam Cili Hijau.

Bahan-bahan untuk dikisar

10 biji bawang besar

2 labu bawang putih

15 batang serai

100 gram lengkuas

150 gram halia

6 biji buah keras

2 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

2 sudu besar ketumbar

200 gram kunyit hidup

300 gram cili akar

300 gram cili hijau

5 ekor ayam pencen

1 ½ kilogram santan pekat

400 gram kerisik

Sebiji gula melaka

Iklan

Garam

Serbuk perasa

Gula

Cara penyedian:

1.Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam kuali berisi ayam.

2.Masak dan kacau menggunakan api perlahan sehingga mereneh lebih kurang sejam.

3.Kemudian masukkan santan, kerisik, gula melaka, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.

4.Jika menggunakan santan kotak dan rendang tidak mengeluarkan minyak, boleh tambah sedikit minyak.

5.Apabila ayam sudah lembut, masukkan daun kunyit yang diracik halus.

6.Kacau sebati dan tutup api.

Iklan

7.Siap dan sedia untuk dihidang.

Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Baca juga: Konsep restoran bawah kolong rumah di Kluang jadi perhatian, menu Rendang Mak Saya paling laku keras

Kalau nak diikutkan, cara pembuatannya sama sahaja seperti rendang lain.

Bezanya cuma cili hijau dan penggunaan ayam pencen sahaja.

Jadi, senanglah nak buat. Cuma kena sabar sedikit.

Kalau terlebih rajin, bawa menu tersebut sebagai sajian potluck raya ke tempat kerja.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.