Resipi roti bawang putih dan sup cendawan senang dan jimat!

No Image Caption
A
A
A

SESEKALI mesti rasa nak ubah selera dan makan makanan yang lain berbanding hari-hari biasa. Kali ini, Sinar Plus kongsikan satu resipi yang cukup mudah untuk anda semua.

Resipi yang dimaksudkan adalah sup cendawan (mushroom soup) dan roti bawang putih (garlic bread).

Sebut sahaja tentang dua makanan ini, mesti ramai yang terbayangkan Pizza Hut kan? Sebenarnya, kedua-dua jenis makanan ini amat mudah disediakan di rumah.

1)Resipi Sup Cendawan

Bahan-bahan:

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong/hiris/cincang)
  • Sedikit serbuk perisa

Cara-caranya:

1.Tuangkan air dan susu segar ke dalam periuk. Tunggu hingga ia mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.

3.Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.

4.Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.

5.Kacau sebati sehingga sup akan menjadi pekat. Siap!

2)Resipi Roti Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • Roti Gardenia
  • 2 sudu besar mentega
  • Secubit daun parsley
  • 1 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1.Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.

2.Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.

3.Sapukan pes ini ke atas roti anda.

4.Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

Mudahkan? Bukan sahaja mudah tetapi anda juga dapat menikmati dengan lebih puas. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca