SINGGANG daging salah satu menu yang popular di negeri Kelantan.

Tidak terhad kepada daging, tulang lembu juga boleh dijadikan singgang.

Menu sup pedas penuh rasa rempah ini memang cukup istimewa dan makin popular apabila tibanya Hari Raya Aidiladha.

Baca juga: Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Tak susah pun rupanya buat singgang daging ni, jom kita pelajari cara memasaknya.

Singgang Daging Kelantan

Bahan-bahan

1 kg daging (dipotong kecil)
5 ulas bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 1/2 inci halia (dimayang)
4 – 5 keping cili kering (dihiris kecil)
1 1/2 inci Lengkuas (ketuk)
1 1/2 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
2 sudu besar budu (boleh ganti dengan sos ikan Nam Pla)
3-4 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara penyediaan

1-Rebus daging atau tulang sehingga empuk.

2-Masukkan semua bahan di atas. Biar sampai menggelegak.

3-Siap dan sedia untuk dihidang.

Baca juga: Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa

5 FAKTA DAGING LEMBU

a)100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak

Iklan

b)Daging lembu dan kambing kaya dengan

  • Zink
  • Selenium
  • Fosforus
  • Zat besi
  • Tembaga
  • Potassium
  • Magnesium
  • Sodium
  • Vitamin B, K dan D

c)Kualiti dan khasiat daging lembu banyak bergantung kepada jenis makanannya.Lembu yang yang diberi makan rumput lebih sihat dan bersih.

d)Daging lembu adalah sumber zat besi yang bagus terutama dalam bentuk besi heme dan paling mudah didapati kerana hanya terdapat dalam sumber protein haiwan.

e)Selain itu ia juga dipercayai dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes.

Apa pun pilihannya, mengambil daging merah setiap hari harus dielakkan. Kajian mendapati bahawa pengambilannya secara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkaan umur.

Iklan

Baca juga:Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Sumber: Ju Mohamad, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!