Rindu nak makan ayam gunting, boleh buat sendiri di rumah

Teringin nak makan ayam gunting? Tapi kedai semua tutup.
Jangan risau kerana sekarang boleh buat je ayam gunting tu di rumah. Yang penting kena rajin.
Jom cuba resipi ayam gunting.
Bahan A (lumur sebati)
1 keping dada ayam hiris nipis ketuk sedikit
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada sulah Aji-shio secukup rasa
Bahan B (gaul kesemua tepung)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng ayam bistari Original
1 biji telur dipukul
Bahan C (satukan semua)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil lada sulah Aji-shio
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak dahulu
2) Kemudian ambil isi ayam dan celup ke dalam telur dan salut dengan tepung
3) Masak dengan api yang sederhana dan goreng ayam selama 2 minit.
4) Angkat ayam yang telah digoreng, kemudian goreng semula semua isi ayam tadi sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya (tujuan ayam digoreng dua kali supaya ayam gunting lebih ranggup walaupun sejuk)
5) Ambil bahan C yang telah disatukan dan letak di dalam penapis.
6) Ayak atas ayam dan rata-ratakan agar bersalut pada semua isi ayam.
7) Selepas selesai, lalu gunting-guntingkan ayam itu.
Mudahkan resipi ini nak buat di rumah? Kalau dah pandai bolehlah buat bisnes secara online.
Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Sumber: leesaalif
Foto: FB malaysian viral resipi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang