'Rasa macam lari maraton. Alhamdulillah.' Atikah Suhaime selamat bersalin anak perempuan

PELAKON Datin Atikah Suhaime berkongsi berita gembira selamat bersalin anak pertama.
Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime meluahkan rasa syukur ke atas kelahiran puterinya, Lyla Mulan Teh.
Beliau dalam perkongsian di Instagramnya itu juga sempat memuji kecantikan cahaya matanya yang berada pangkuannya.
"Alhamdulillah, anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh," tulis beliau.

Dapat dilihat kebahagiaan jelas terpancar di wajah pelakon berkenaan walaupun masih lagi berada di katil hospital.
Dalam perkongsian yang lain, Atikah turut memuat naik momen kelahiran bayinya sambil meluah perasaan selepas selamat melahirkan.
"Rasa macam baru lepas lari maraton. Alhamdulillah," tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Atikah diatas anugerah yang tidak terhingga diberikan ALLAH S.W.T kepadanya serta suami.
Mereka juga mengucapkan selamat berpantang kepada pelakon berkenaan serta akui sangat bersyukur mendengar khabar gembira ini.
Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka untuk berkongsi berkaitan kehamilannya kepada umum pada September 2024.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang