'Saya tak pilih rupa, tapi hati.' Dari TikTok ke pelamin, cinta tanpa syarat Mohamad Fahmie & Nur Erina raih perhatian

No Image Caption
A
A
A

KISAH cinta sejati sekali lagi membuktikan bahawa keikhlasan dan kasih sayang lebih penting daripada paras rupa.

Itulah yang dapat digambarkan tentang perjalanan cinta Mohamad Fahmie Abdullah, 23, dan isterinya, Nur Erina Balqis Junaidi, 20.

Perkahwinan pasangan ini mencuri perhatian ramai apabila Mohamad Fahmie, seorang pemuda dari Kampung Kesom, memilih seorang wanita bertubuh comel sebagai teman hidupnya.

No Image Caption



Walaupun ada segelintir pihak yang mempersoalkan keserasian mereka, Fahmie tetap teguh dengan pilihannya.

“Memang ada segelintir kata saya tak sepadan dengan isteri sebab saiz badannya. Tapi pada mata saya, isteri cantik, comel dan baik hati orangnya,” katanya.

Segalanya bermula pada Oktober 2023 apabila mereka berkenalan menerusi siaran langsung di TikTok.

Dari sekadar berkawan, mereka mula mengenali hati budi masing-masing sebelum akhirnya jatuh cinta.

“Niat awal kami memang nak berkawan kerana waktu itu pun, masing-masing solo dan mula menjalin cinta pada Oktober 2023. Pada Februari 2024, kami bertemu dan waktu berjumpa kali pertama itu, saya sudah jatuh hati dengan isteri," kongsinya.

No Image Caption



Perasaan cinta itu semakin mendalam, lalu mereka berterus terang dengan keluarga masing-masing. Syukur, hubungan mereka mendapat restu.

Menyedari mereka saling menyayangi, pasangan ini sepakat untuk mendirikan rumah tangga dan akhirnya diijabkabulkan pada 14 Februari lalu.

Memetik perkongsian bersama Harian Metro, menurut Mohamad Fahmie, memilih pasangan hidup bukan berdasarkan paras rupa semata-mata, sebaliknya keperibadian seseorang lebih utama.

No Image Caption



“Saya tidak meletakkan soal rupa sebagai kriteriadalam memilih pasangan kerana sedar diri saya pun biasa saja,” jelasnya.

Pandangan ini turut dikongsi oleh Nur Erina Balqis, yang melihat keikhlasan dan kesabaran suaminya sebagai faktor utama beliau menerima cinta lelaki itu.

“Saya terima suami sebab dia lelaki yang penyabar dan berani tegur kalau saya buat silap.

"Alhamdulillah, keluarga pun terima dan harap cukup saya seorang jadi teman hidupnya,” katanya dengan penuh syukur.

Kisah pasangan ini mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata warganet mengagumi kejujuran dan keikhlasan mereka.

No Image Caption



Ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga. Sesungguhnya, cinta sejati bukan terletak pada luaran semata-mata tetapi pada hati yang tulus.

Semoga Mohamad Fahmie dan Nur Erina Balqis terus bahagia dan menjadi inspirasi buat pasangan lain yang bercinta kerana Allah.

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang