SEBUT sahaja roti canai, ia memang menjadi kegemaran semua tak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

Rasanya yang enak boleh dinikmati sama ada semasa sarapan, minum petang atau makan malam.

Kalau ada yang nak cuba buat sendiri boleh cuba buat menggunakan resipi yang dikongsi wanita ini.

Perkongsian wanita itu meraih hampir 1300 tanda suka dan mendapat lebih 700 shares di laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Bahan-bahannya;

  • 6 cawan tepung gandum (1.5 kg) [Beli di sini]
  • 6 sudu makan marjerin [Beli di sini]
  • ½ cawan susu pekat manis [Beli di sini]
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil garam (jadikan air)
  • 1 cawan air – ini anggaran. Tuang sedikit-sedikit sambil uli hingga menjadi doh

Baca juga Apabila kita tak tahu roti canai yang dimakan guna telur tak dibasuh…

 

Cara membuatnya:

1. Gaulkan marjerin dengan tepung supaya jadi seperti serdak. Buat lubang di tengah-tengah tepung. Masukkan telur yang dipukul ringan. Masukkan susu pekat manis.

2. Uli sambil menambah air garam (suhu bilik) sehingga tepung tidak melekat di tangan. Rehatkan doh. Tutup dengan tuala lembap dan plastik.

3. Bahagi doh kepada lapan bahagian untuk memudahkan kerja. Bentukkan bulat-bulat. Bahagikan pula kepada tiga atau empat bahagian.

4. Oles bekas dengan marjerin, bentukkan bulat-bulat kecil dan salut dengan marjerin.

Baca juga Buat roti canai homemade, mudah jer rupanya…

5. Simpan dalam bekas bertutup dan rehatkan. Jika hendak masak esok, boleh rehatkan di luar. Jika belum mahu masak, boleh simpan dalam peti sejuk. Apabila bersedia untuk masak, keluarkan dan biar tepung kembali ke suhu bilik

6. Telangkupkan tepung dari bekas kerana yang bawah yang dibulat-bulatkan dahulu. Dengan menggunakan perut tapak tangan, tenyeh/tekan (flatten) doh.

Iklan

7. Ambil seketul doh dan dengan bantuan sedikit minyak, gunakan perut tapak tangan untuk tolak-tolak doh sehingga nipis. Jika pandai tebar, boleh tebar. Saya cuma buat atas tudung periuk yang diletakkan atas bekas supaya tinggi sedikit.

8. Selepas sudah leper dan nipis, tolak-tolak doh supaya berlapis macam kita buat kipas kertas.

9. Kemudian gulung. Rehatkan dalam bekas dan buat sehingga semua doh selesai. Ambil satu doh yang sudah berbentuk seperti bunga mawar (rosette) dan canai. Lebih mudah jika dialas dengan plastik sebelah bawah doh. Siap dicanai.

10. Masak atas kuali leper dengan sedikit minyak sehingga garing. Bolehlah dihidang bersama kari.

Baca juga Makan roti canai sebesar dulang, dodol goreng untuk sarapan pagi. Menu unik bikin ramai terliur nak cuba

Iklan

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!