Roti Sunshine perisa pandan. Sedap makan begitu saja atau disapu dengan kaya. Memang terangkat!

JIKA ingin menikmati roti pandan yang asli, jenama Sunshine perlu dipertimbangkan untuk pembelian seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, pengenalan Roti Pandan Homestyle adalah pilihan berkhasiat.

Bukan sahaja tinggi dengan protein, tetapi kaya juga dengan kalsium dan zat besi serta sumber vitamin B1, B2 dan B3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

BACA JUGA: Wanita kongsi cara buat roti ‘benggali’ bakar legend bikin ramai terliur, melting habis!

BACA JUGA: Roti ‘legend’ 130 tahun, Sunshine kini boleh dibeli di sekitar Lembah Klang. Macam-macam ada

Iklan

Bukan sahaja sesuai dinikmati pada musim perayaan, malah pada bila-bila masa. Roti kami boleh dinikmati begitu sahaja atau disapu dengan jem perisa kegemaran,” katanya.

Selain itu, jenama itu juga menawarkan pelbagai seleksi roti seperti roti putih Soft White yang rendah gula, roti mil penuh 100 peratus Australian Oat serta Roti Dengan Germa Gandum dan Bran.

Pengguna juga boleh mendapatkan roti gandum berkrim segera yang gebu dan penuh khasiat dalam perisa mentega gula, biskut & krim, vanila dan coklat hazelnut.

Iklan

Roti Pandan Homestyle Sunshine dijual pada harga RM5.

Penduduk Lembah Klang boleh mendapatkanF rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di pasar raya dan kedai serbaneka terpilih.