MASALAH kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) adalah jangkitan kuman di saluran air kencing.

Hal ini sangat biasa dialami oleh golongan wanita kerana mereka memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek dekat dengan rektum sekali gus membuatkan mereka lebih mudah bakteria untuk memasuki uretra.

Apabila terkena jangkitan ini, pesakit rasa tidak selesa. Ketidakselesaan yang dialami ini semestinya mengganggu kehidupan seharian manakan tidak, jika korang terpaksa ke tandas berkali-kali setiap hari.

Gejala kencing kotor ini ialah seperti kepedihan membuang air kecil, kekerapan kencing, air kencing berbau busuk dan lain-lain lagi.

Rasa sakit yang dialami ketika membuang air boleh datang sekali dengan simptom lain seperti demam dan badan menggigil.

Berbeza pula dengan kanak-kanak. Mereka juga mungkin alami simptom kencing kotor yang sama seperti orang dewasa seperti sakit ketika membuang air kecil. Namun, mereka mungkin kerap mengamuk dan buat perangai akibat rasa tidak selesa itu.

Selalunya, doktor akan memberikan preskripsi antibiotik kepada pesakit untuk merawat UTI yang dialami. Namun, jika jangkitan disebabkan oleh masalah kencing kotor tidak sembuh, mereka mungkin perlu melakukan lebih banyak ujian bagi menentukan punca sebenar UTI ini.

Pesakit yang menghidap UTI boleh mengalami gangguan dari segi emosi dan fizikal.

Namun, semua ini boleh diatasi jika pesakit sanggup untuk melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup untuk menangani masalah ini.

Menurut hellodoktor, selain kekal melakukan rawatan seperti yang diarahkan doktor, pesakit yang menghidap UTI juga boleh melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan ketidakselesaan;

1. Minum banyak air putih

Pastikan minum air secukupnya untuk mempercepatkan penyembuhan jangkitan saluran kencing.

Mungkin perlu ke tandas dengan kerap, namun, anda akan kurang rasa sakit kerana air kencing akan jadi lebih cair.

Selain itu, minum banyak air juga dapat membantu mengeluarkan semua bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan daripada saluran uretra.

Jika tidak boleh minum air kosong dengan banyak, korang juga boleh tukarkannya dengan minuman lain seperti teh atau kopi.

Walau bagaimanapun, cuba elakkan mengambil minuman bergas ataupun manis. Cukup jika boleh minum lapan gelas air sehari.

Sakit ketika membuang air ada juga hidapi demam serta menggigil, waspada kencing kotor

2. Kosongkan pundi kencing

Apabila minum air dengan lebih kerap, sudah pasti korang akan selalu ke tandas untuk membuang air kecil.

Walaupun rasa sakit yang disebabkan oleh UTI akan membuatkan rasa ingin menahan kencing, elakkan berbuat demikian dan kosongkan pundi kencing secepat mungkin.

Tambah lagi, amalan menahan kencing adalah tidak digalakkan untuk penghidap UTI.

3. Letakkan sesuatu yang panas pada perut

Iklan

Untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami, boleh cuba letakkan kain panas atau heating pad pada bahagian bawah abdomen.

Selain itu, korang juga boleh mandi dengan air panas untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

4. Elakkan melakukan hubungan seks

Jika anda menghidap UTI, cuba elak mengadakan sebarang hubungan seks. Oleh sebab itu, lebih baik elakkannya sehingga simptom yang dialami sembuh
sepenuhnya.

5. Guna pakaian yang sesuai

Elakkan memakai pakaian yang ketat dan tidak menyerap peluh. Sebarang lembapan pada kawasan alat sulit boleh boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

Sebaiknya, cuba pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Bukan sahaja selesa, material jenis ini juga dapat menyerap peluh dengan lebih baik.

Iklan

Baca juga Bahana cirit-birit, boleh bawa maut

6. Elakkan duduk terlalu lama

Jika perlu duduk dalam satu tempoh masa yang lama ketika berkerja, cuba bangun dan berjalan seketika untuk menghilangkan ketidakselesaan disebabkan UTI.

Berjalan boleh melegakan rasa sakit yang berlaku disebabkan cystitis. Alang-alang sudah berjalan, apa kata korang minum segelas dua air kosong atau berehat dengan secawan kopi atau teh.

Jika simptom tidak hilang, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, lebih-lebih lagi jika demam, muntah-muntah dan menggigil semasa mengalami UTI.

Lebih menakutkan, simptom yang lebih serius mungkin merupakan petanda korang mempunyai jangkitan buah pinggang.