KETIKA Ramadan, waktu sahur adalah masa paling kritikal bagi mak-mak nak fikir menu.

Hidangan yang ringkas lazimnya menjadi pilihan dan sambal garing selalunya ada dalam simpanan stok.

Selain sesuai sebagai penambah selera, makan dengan nasi panas, telur mata dan kicap pun dah cukup.

Kena pula teksturnya yang rangup dan pedas. Fuhh celik biji mata!

Kepada sesiapa yang suka simpan stok sambal ikan bilis garing di rumah, anda wajib cuba resipi yang SinarPlus kongsikan pada kali ini.

Resipi tersebut dimuat naik pengguna Eyqa Roslan menerusi satu entri di Facebook miliknya.

Sambal bilis garing yang dikongsikan memang sangat tahan lama dan maintain rangup kalau disimpan.

Cara penyediaanya juga mudah kerana menggunakan tiga bahan utama iaitu ikan bilis, bawang goreng dan chili flakes.

Baca juga: Resipi warisan hampir 50 tahun, mi sup daging ikonik dengan sentuhan tradisi Malaysia

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang stail mamak enak menyelerakan. Mudah rupanya, rugi tak cuba!

 

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

RESIPI SAMBAL BILIS GARING

Bahan-bahan
Ikan bilis [BELI DI SINI]
Chilli flakes [BELI DI SINI]
Bawang goreng [BELI DI SINI]
Garam [BELI DI SINI]
Gula [BELI DI SINI]
Bahan perasa

Iklan

Cara penyediaan:

1. Goreng ikan bilis menggunakan minyak masak hingga garing. Angkat dan toskan.
2. Masak chili flakes menggunakan baki minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis.
3. Pastikan guna api kecil bagi mengelakkan ia cepat hangus.
4. Seterusnya, masukkan bawang goreng. Boleh gunakan bawang goreng yang siap dijual di pasaran atau dibuat sendiri.

Baca juga:Rangup & garing, jom cuba resipi lauk pantang bawang ikan bilis, buang angin & panaskan badan

Baca juga: Penambah selera berbuka & sahur, ini resipi kerabu ikan bilis bunga kantan mudah penuh khasiat

Iklan


5. Setelah itu, masukkan ikan bilis yang telah ditoskan tadi. Gaul rata.
6. Kacau semua bahan sebentar dan boleh tutup api.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!