Sambal lado telur goyang pemikat selera, sedap buat sahur
INGINKAN lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur sahaja pun dah cukup menyelerakan.
Begitu juga dengan menu sambal lado telur goyang ini. Dengar sahaja nama sambal, macam senang sangat sediakan tetapi untuk mendapat rasanya yang betul-betul sedap bukan mudah sebenarnya.Jangan lupa follow kami Instagram!
Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul-betul masak dan mengelakkan daripada sakit perut.
Sambal lado telur goyang ini menu yang sangat simple. Bahan yang digunakan pun semua ada di dapur sahaja, boleh sediakan bila-bila masa.
Tambah lagi untuk dibuat bersahur, juadah ini memang pemikat selera!
Bahan-bahannya;
- 3 biji telur pecahkan dekat mangkuk
Bahan tumbuk;
- 15 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah kecil
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit ikan bilis
- 1/2 labu bawang besar ditumbuk halus
- Air asam jawa
Baca juga Paru goreng berlado memang terangkat habis
Cara-cara membuatnya;
1. Panaskan satu senduk minyak. Tumiskan bahan ditumbuk.
2. Masukkan 1 sudu besar gula. Tumis sampai garing.
3. Setelah kelihatan garing, tuangkan telur di tiga bahagian kuali.
Baca juga Nasi Daging Utara sedap dan mudah, aromanya membangkitkan selera
4. Tuangkan air asam jawa yang dibancuh dalam lesung yang digunakan untuk menumbuk bahan tadi.
5. Tutupkan dengan penutup periuk dalam 15 saat. Buka semula dan masukkan garam serta perasa. Siap dan sedia dihidang.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Azlina Ina Fans
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang