TIDUR yang cukup terutama pada waktu malam bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh badan, tetapi ia juga baik untuk kesihatan mental.

Dianggarkan seorang dewasa perlu tidur sekitar tujuh atau lapan jam sehari.

Jika seseorang mengalami kurang waktu tidur atau rehat, mereka berpotensi berdepan dengan gangguan emosi dan mudah tertekan.

Tidak hanya itu, golongan tersebut turut terdedah kepada penyakit kronik seperti diabetes atau serangan jantung.

Pelbagai kaedah pula dilakukan bagi mendapatkan waktu tidur yang berkualiti, selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 minit bagi satu sesi.

Bau wangian daripada aroma terapi dapat memberikan ketenangan dan mententeramkan emosi.

Cara lain adalah dengan menggunakan wangian aroma terapi yang dapat membantu untuk tidur lebih nyenyak.

 

Baca juga: Tabiat minum air putih 2 liter sehari bantu fify azmi kekalkan kecantikan dan stamina

 

Justeru, berikut antara pilihan bauan yang boleh dijadikan sebagai ‘pelengkap’ tidur pada waktu malam:

1. Bau vanila

Bagi anda yang gemarkan bauan yang ‘manis’, vanila merupakan pilihan yang terbaik. Bau ini dapat memberikan ketenangan terutama pada sistem saraf termasuk mengurangkan stres. Pada masa sama, bau vanila juga berpotensi untuk mengurangkan cara cemas atau depresi.

2. Bau lavender

SEORANG dewasa sekurang-kurangnya perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup sekitar tujuh atau lapan jam sehari.

Penggemar bunga-bunga sudah pastinya mengenali bunga yang berwarna ungu ini. Bau lavender juga sering menjadi pilihan wangian di dalam kereta, ruang tamu dan bilik tidur.

Memetik laporan CNN Indonesia, wangian tersebut mampu memberikan ketenangan pada bahagian sistem saraf disebabkan tindak balas kimia badan linalool dan linalyl acetate yang ada di dalam minyak pati (essential oil).

Memiliki kelebihan sama seperti vanila, bau lavender juga dapat mengurangkan rasa cemas dan mampu untuk membantu golongan insommia ringan agar mendapatka waktu tidur yang baik.

3. Bau mawar

Wangian daripada bau bunga mawar juga mampu untuk membantu agar dapat tidur dengan lebih nyenyak. Bagaimanapun, ia berbeza dengan wangian lain kerana bunga ini memerlukan kaedah tertentu untuk mendapatkan manfaatnya.

Cara yang terbaik, cuba larutkan minyak pati mawar ke dalam dan mandi atau letakkannya ke dalam peresap (diffuser). Selain itu, boleh juga campurkan minyak pati mawar dengan air ke dalam botol semburan.

Semburkan di bahagian tempat tidur seperti bantal, selimut dan cadar.

 

Iklan

Baca juga: Lelaki mengadu sesak nafas lepas tukang gunting urut tengkuk buat letup letup

 

4. Bau bergamot

Bergamot merupakan oren daripada jenis sitrus. Minyak pati kelihatan berwarna kuning kehijauan dan sering dijadikan sebagai wangian. Tidak dinafikan baunya yang kuat dapat menimbulkan mood segar dan nyaman.

Wangian ini turut boleh mambantu mereka yang mengalami masalah untuk tidur, selain berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah dan stres.

Difahamkan campuran bergamot dengan pokok cendana dapat meningkatkan kualiti tidur sebanyak 64 peratus.

Disebabkan itu bau bergamot antara yang menjadi tarikan dan kegearan mereka yang mengalami insomia atau kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

Iklan

5. Bau kayu-kayuan

Wangian aroma terapi dapat membantu mengatasi masalah kesukaran tidur pada waktu malam.

Bagi yang gemarkan sesuatu yang lebih ‘ekstrem’, bau kayu-kayuan boleh dijadikan sebagai pilihan. Wangian sebegini dapat meningkatkan kualiti tidur dan menimbulkan suasana tenang dan damai.

Jadi,, secara ringkasnya pelbagai pilihan bau aroma terapi dapat membantu mengatasi masalah kesukaran tidur pada waktu malam.

Sekiranya masalah anda masih berlaruta, berlarutan cuba dapatkan nasihat pakar agar dapat mengenal pasti solusi dan kaedah rawatan yang terbaik.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram