Sebelum check out, ini barang yang boleh ambil dan bawa pulang selepas menginap di hotel

SELALUNYA bila kita nak bercuti, bukan setakat cari lokasi atau premis makanan menarik, penginapan juga amat dititikberatkan.

Maklumlah, seharian berjalan, mestilah nak beristirehat dan tenangkan fikiran dalam hotel yang selesa kan.

Lebih-lebih lagi jika bersama keluarga.

Anak-anak pula paling suka mandi kolam. Jika ada ruang permainan yang disediakan di dalam hotel, itu sudah kira satu bonus dan pasti menceriakan lagi suasana.

Apa yang SinarPlus boleh simpulkan, kebanyakan hotel kini sudah mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk pengunjung.

Ia termasuklah penyediaan kelengkapan untuk kegunaan peribadi seperti mandian, ubat dan berus gigi.

Melihat barangan tersebut, pasti ada yang teringin untuk dibawa pulang, tetapi tidak berani kerana bimbang dikenakan bayaran.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Sebenarnya mungkin ada yang tidak tahu, sebelum anda checkout dari mana-mana bilik penginapan, beberapa kelengkapan yang disediakan boleh dibawa pulang untuk dijadikan sebagai kenangan.

Kepada yang masih waswas, berikut senarai barang yang boleh anda ambil:

1. Beg atau plastik baju kotor
-Mana-mana hotel pasti akan menyediakan plastik baju kotor atau laundry bag untuk kegunaan tetamu.
-Ini bagi memudahkan anda menyimpan baju kotor yang belum sempat dicuci. -Selain itu, anda juga boleh kamu menghantar baju terpakai ke dobi hotel.
-Beg itu juga boleh digunakan untuk menyimpan kasut kotor sama ada berpasir atau berlumpur.
-Jika anda tidak menggunakan beg tersebut, boleh ambil dan bawa pulang untuk kegunaan pada lain hari.

2. Air mineral
-Jika anda jenis yang suka mengumpul air mineral hotel, pasti tidak akan ketinggalan membawanya pulang ke rumah.
-Label hotel yang tertulis pada botol berkenaan antara sebab ada yang ingin bawa pulang kerana menganggap air mineral itu sebagai edisi terhad.

3. Kertas nota, pen atau pensil
-Gelagat anak-anak pergi bercuti memang ligat dab tidak boleh duduk diam. Kadangkala pening dibuatnya.
-Jadi, anda boleh gunakan kertas nota dan pen atau pensil yang disediakan untuk anak-anak conteng.
-Jika tidak digunakan, anda boleh bawa pulang. Label jenama hotel yang ada pada pen atau pensil tu paling rare. Betul tak?

4. Selipar
-Alang-alang disediakan, boleh sahaja anda bawa pulang dan digunakan di rumah sendiri nanti.

5. Losen, ubat gigi, gel mandian dan syampu
-Kebiasannya pihak hotel memang akan sediakan kelengkapan itu untuk tetamu dalam bekas kecil.
-Seperti losyen misalnya, anda boleh letakkan dalam beg tangan dan gunakannya sepanjang percutian.

6. Set kecantikan
-Selain barangan di atas, ada juga hotel yang menyediakan set kecantikan seperti sikat, pisau cukur, getah rambut, benang dan butang, pengilat kuku dan sebagainya. -Ini juga antara barangan yang anda boleh bawa pulang.

Iklan
hotel bajet
Gambar sekadar hiasan

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

7. Tisu
-Daripada dibiar tidak digunakan, anda boleh pulang atau diletakkan di dalam kereta. Jimat tak perlu beli tisu.

8. Peta & buku panduan melancong
-Tidak semua hotel menyediakan peta dan buku panduan melancong, jika ada itu satu kelebihan buat anda.
-Anda gunakanlah sebagai panduan untuk bersiar-siar di luar.
-Jika tidak, anda boleh membawanya pulang sebagai cenderahati.

9. Minuman campuran
-Setiap hotel mesti ada sediakan Nescafe, teh dan kopi.
-Sebelum pulang jangan lupa masukkan dalam beg. Rugi kalau ditinggalkan!

Tanggal solekan pakai tisu basah, ini risiko pada kulit wajah

10. Surat khabar
-Ini salah satu barang yang sudah menjadi hak peribadi anda. Selepas anda baca, boleh juga bawa balik.
-Mana tahu nak alas apa-apa dalam kereta atau mungkin ketika di kamar hotel anda tak sempat nak membaca kerana sibuk dengan urusan lain, jadi boleh anda baca kemudian. Betul tak?

Iklan

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Mahu lebih kepastian, seorang pekerja hotel menerusi akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta turut memuat naik beberapa senarai barang di dalam bilik hotel yang anda boleh bawa pulang.

@themanoharayogyakartaNah ini dia barang-barang yang wajib kalian bawa pulang setelah staycation di Hotel. #themanohara #fyp♬ TIKTOK HUDHAEFA RAFFA PERFORMANCE – HUDHAEFA RAFFA SHOP

Satu lagi, SinarPlus nak ingatkan, tuala mandi tidak boleh dibawa balik ya. Itu bukan percuma.

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.