Sedapnya kuih mochi, ini resipi versi Melayu sukatan cawan inti kacang merah lembut & kenyal

A
A
A

Sedapnya kuih mochi, ini resipi versi Melayu sukatan cawan inti kacang merah lembut & kenyal

KUIH mochi merupakan sejenis kuih yang berasal dari Jepun. Ia biasanya dihidang sewaktu sambutan Perayaan Tradisional Mochitsuki atau sambutan Tahun Baru Jepun.

Kuih itu diperbuat daripada beras, ditumbuk sehingga lembut dan likat. Kemudian dibentuk menjadi bulat.

Kuih mochi mula digemari oleh rakyat Malaysia kerana ia viral di media sosial. Ia mempunyai inti yang manis di dalam dan mempunyai pelbagai warna.

Diperbuat daripada tepung pulut menyebabkan tekstur kuih mochi itu akan menjadi lembut dan kenyal.

Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing seperti kacang hijau, mentega kacang atau kaya dan ia disaluti snow sugar di bahagian luar.

Jadi kali ini jom kita lihat cara membuat versi Melayu berintikan kacang merah.

Bahan-bahannya;

Cuba juga Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Cara membuatnya;

1. Masukkan tepung pulut, gula dan air atau santan. (Letak santan lagi sedap rasa lemak-lemak). Kemudian kacau sebati.

2. Bahagikan adunan kalau nak letak pewarna. Kacau-kacau dan kukus lebih kurang 20 minit atau hingga masak.

3. Sementara tunggu adunan mochi masak sangai tepung jagung.

4. Tabur tepung jagung yang dah disangai di atas dulang atau papan pencanai. Letak adunan mochi di atasnya.

Baca juga Hampir 1,500 like, resipi mudah buat Sekaya Telur, sedap makan sejuk-sejuk

5. Bentukkan adunan menjadi memanjang kemudian potong adunan kepada beberapa bahagian kecil (jangan kecil sangat, agak-agak je).

6. Ambil satu potongan mochi ratakan kemudian letak inti ditengah-tengah. Kemudian tutup bahagian yang terbuka dan kemaskn. Buat langkah yang sama sampai habis.

7. Last sekali golekkan mochi atas dusting sugar. Masukkan dalam paper cup dan boleh terus dimakan.

Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Sumber: FB Norazlina via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca