Sedapnya Nasi Arab buat berbuka, cuba buat sendiri pasti lagi berbaloi
NASI Arab walaupun berasal daripada tanah Arab nun jauh di sana, ia menjadi antara makanan pilihan ramai rakyat Malaysia.
Lagilah pada bulan Ramadan ini, juadah itu amat enak dinikmati bersama keluarga untuk berbuka puasa.Jangan lupa follow kami di Instagram.
Jika selalunya Nasi Arab dibeli di restoran atau bazar Ramadan, apa kata kali ini cuba sendiri untuk membuatnya.
Resipinya mudah sahaja, bahan-bahan yang diperlukan pun hanya bahan yang ada di dapur.
Masak sendiri pasti lagi berbaloi dan yang paling penting kita dapat pastikan tahap kebersihan penyediaan makanan digemari ramai itu.
Ayuh cuba membuat Nasi Arab mengikut resepi yang dikongsi Nor Asiah di Facebooknya yang mendapat lebih 8,000 perkongsian.
Resipi Nasi Arab (Chicken Mandy)
REMPAH ARAB ;
- 1/4 cawan lada hitam*
- 4 batang kulit kayu manis*
- 2 sudu teh jintan manis*
- 2 sudu teh jintan putih*
- 2 sudu teh ketumbar*
- 1 sudu teh buah pelaga*
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk cili
Cara membuatnya;
Sangai bahan bertanda *. Selepas sangai, kisar dengan pengisar kering hingga halus dan masukkan serbuk cili dan kunyit.
BAHAN A PERAPAN AYAM
- Seekor ayam dibelah 2 atau 4
- 1 sudu makan rempah Arab tadi
- 3 sudu perahan lemon
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk perasa
- Perap satu jam
Cara membuatnya;
1. Selepas perap, rebus ayam tadi sehingga masak.
2. Ambil rebusan ayam tadi untuk buat nasi pula.
Cuba juga Bosan dengan juadah nasi putih? Boleh cuba resipi mudah Nasi Hujan Panas
BAHAN B NASI ARAB
- 3 cawan beras bashmati
- 5 cawan air rebusan ayam tadi
- 2 biji bawang besar Holland dipotong dadu*
- 6 sudu olive oil
- 5 biji cili hijau besar
- 2 batang kulit kayu manis*
- 2 biji bunga cengkih*
- 1 inci halia diketuk*
- 3 helai daun bay (salam)*
- 1 sudu rempah Arab tadi
Cara membuatnya;
1. Tumis bahan bertanda * sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan rempah Arab. Biarkan mendidih sekejap.
2. Masukkan beras dan tunggu hingga nasi masak. Titis sedikit pewarna kuning di atas nasi dan lumurkan juga pada ayam sedikit. Masukkan ayam sekejap dalam nasi dalam lima minit.
3. Jika mahu bakar ayam itu, boleh letak pewarna merah atau kuning tadi.
SOS CILI
- Cili besar merah
- Cili besar hijau
- Daun ketumbar
- Buah tomato
- Air perahan lemon
- Garam dan gula
Cara membuatnya;
Kisar semua bahan.
SALAD
- Buah anggur
- Jagung
- Salad dan apa-apa buah yang sesuai
Cara membuatnya;
Gaul sebati buah dan semua bahan salad bersama mayonis, air lemon, gula dan garam.
Siap semua bahan, sedia dihidangkan.
Cuba juga Nasi ambang enak di Warung Ketupat Air Tangan Ibu, lebih 50 lauk buat ramai rambang mata!
Hidangan ini sesuai untuk enam orang makan, ayam boleh juga ditukar kepada daging atau kambing.
Selamat mencuba dan selamat berbuka!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang